Tuesday, June 29, 2010

jiwa gersang

sungguh
jiwa gersang saat ini
sebulan di daurah
walau dipenuhi dengan ilmiah
namun kurang santapan rohani
terpaksa berusaha mencarinya sendiri
rindu majalah solusi
rindu tazkirah dari alam maya
alhamdulillah di kesempatan yang tidak seberapa ini
dapat juga aku menerjah ke alam maya


+ + +
cne aku leh terjah ke alam maya??
sebabab kwn2 aku tgh sebuk berlatih musamarah
insya Allah hari penutup daurah akan diadakan sabtu ni
knp aku x berlatih musamarah?
sebab aku telah diberi kepercyaan untuk menjadi pengerusi majlis
terus terang peratus persiapan teks
zero
sebab xde tentatif penuh
pening kepala dengan sedikit khilaf mengenai persembahan
ktorang dah pakat nak wat musamarah
n laki aku x ingat ape show drg
tbe2 ustaz minx ktorang nasyid huruf hijaiyyah
munazarah
im not sure kalau aku yg salah faham kata2 ustaz
memandangkan ustaz bertutur dalam bahasa arab


seems this week agak bz
lepas satu2 kerja kitorang wat
malam sebok menghafal khutbah
esok pulak ade lakonan bahasa arab
dalam masa yang sama nak pikiak pasal hari penutup lagi

doakan urusan kami dipermudah
wallahua'lam

Monday, June 28, 2010

thank you dear

thank u dear 
for the nice gift
n the most earlier person who give me a gift for my birthday

thank u eca dear


nota kaki:dapat hadiah selipar dr aisyah shaari menggantikan selipar aku yg telah putus ketika berlari ke ampaian saat hujan sedang turun pada suatu petang..ahaks~
kpd kak ngah smpaikan salam pada family khusunya ayah..kalau ayah nak singgah x yah beli selipar..kwn ali da belikan..hehe..

Saturday, June 26, 2010

atas nama cinta

kamu
akukah yang mengetuk pintu hati kamu
atau kamukah yang mengetuk pintu hati aku

kamu
kamukah yang melalaikan aku
atau akukah yang melalaikan kamu

+ + +

Atas Nama Cinta
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan



Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta



Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka



Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA NIKMAT SYURGA ITU MANIS


Friday, June 25, 2010

Daurah Mukathafah lilughatul Arabiyah

bismillah
sepintas lalu mengenai 
kursus bahasa arab yang bermula semenjak 7 hb yang lalu
bertempat di maahad tahfiz sains dan teknologi di kg jawa
bersebelahan dgn kubur aruah atuk
dan bersebelahan dgn bekas kampung sebelah ayah

antara student from sambest yang bakal melanjutkan pelajaran ke jordan
aku hazirah pija fatin n pija
ummu pulak bakal terbang ke morocco
the only one gals
ditemani dgn 5 lelaki2 soleh
alhamdulillah

tenaga pengajar
ustaz hassan hajjaj yang suke tersenyum dan kadangkala menghiburkan hati melihat gelagatnya
serta ustaz ibrahim yang sgt2 baik hati

menginap di asrama budak3 tahfiz
dipantau oleh ustaz amirul
dan dipelihara oleh ukht azimah
a.k.a penghuluwati

sebilik dengan rahil from samtar
saadah dan hasanah dr samtaj
rean,eca,dan wana dr hishamuddin
n mira from maahad

sekumpulan dengan akh muaz lukman dan farid
serta ummu,dhabitah,rean,ukht azimah n ukht izzah

antara aktiviti sepanjang kursus
debat bahasa arab
debat kali kedua nampaknye telah mencetuskan tekanan kepada peserta
krn ustaz akan mengambil teks mereka
maka mereka akan ke dewan parlimen sehilai sepinggang pagi ini

ktorang juga ader slot menonton  filem bahasa arab
berlakon sudah tentu
hiwar
dan semalam ade hiwar dengan ustaz hassan 
sungguh seronok dan alhamdulillah krn aku dapat berckp dgn lancar bersama ustaz hassan
siap kenakan dia lagi
hahaha
asif ustaz kalau terasa

terasa seperti coretan sangat meleret
ada masa blog akan diupdate

wallahua'lam

credits to:
saadah-pemilik laptop
mira-pemilik broadband

waktu-subuh
sanah dan rean sedang tensi menghafal teks debat
alaikuma binnajah dear!!!!

Sunday, June 6, 2010

aku adalah aku
tidak mampu menjadi kamu
kerana kamu adalah kamu

***

bakal meninggalkan rumah esok hari selama sebulan
bakal berjumpe dengan sahabat seperjuangan
hazirah zainol azam
ummu aiman hasbullah
naimah akmar
eca samtish
wani samtish
abdul hakim hassan

bakal melepaskan dendam rindu pada hanis zikri nahrawi plus bayar hutang dia sekali
bakal melpaskan dendam rindu pada kemba tersayang afifah syakila mohd salleh
dan budak2 mesir lain

bakal menyimpan rindu menggunung pada family di rumah
bakal sibuk dengan benda-benda akademik dan ilmiah
bakal membina ukhuwah dengan mereka-mereka yang bakal honeymoon di jordan dan morocco

dan kamu..bakal merindui saya..kalau rindu call saja
(perasan ada orang nk rindu aku)

please forward

Bismillah

pemimpin hisbullah syed hassan nasrullah
minta semua muslim mebaca surah al~fath ayt 26-27
dan surah yunus ayat 85,86 dan 88...malam ini..
tolong sebarkn agar israel laknatullah  hancur..
sedare seagama sedang dikepung dan menati untuk disembelih
wallahua'lam

mohon baca dan sebar pada yang lain

Saturday, June 5, 2010

Special days in JUNE

2 JUN
kelahiran afifah syakila binti mohd salleh

5 JUN
kelahiran syed muadz bin syed ismail al~habsyi
kelahiran mohd fahmi bin mohd soen
kelahiran semula blog perkongsian hearty

12 JUN
kelahiran aiza eyzana

18 JUN
kelahiran ismail ahmad bahari

19 JUN
kelahiran iman namyra azily
kelahiran nur hidayah zaid

23JUN
kelahiran muhd hassan ahmad bahari

29 JUN
kelahiran ismail my cousin

30 JUN
kelahiran anak ke 5 encik ahmad bahari

special kan bulan JUN
HEHE
selalunya menjadi adat bulan
ni bulan buat bbq satu family
but looks like this month im not available in ma house
mungkinkah mereka akan buat tnpa saya
hehe
perjuangan menuntut pengorbanan kan?
wallahua'lam

Kelahiran semula

diam seribu bahasa
bersembunyi
mentafsir mimpi ngeri
koreksi khilaf
muhasabah diri
mengenal erti kehidupan
mencari cinta hakiki
merungkai misteri
berlari meninggalkan pedih di hati
mengejar redha ILLAHI
semalam bukan untuk disesali
hari ini untuk ditempuhi
esok yang belum pasti
semoga kuat jati diri
bangkit berdiri
bukan bertongkat
bukan merangkak
bukan bertatih
tapi akan aku berlari
meneruskan langkah seorang abdi

***
dengan ini saya mengumumkan
blog perkongsian hearty dibuka kembali

Thursday, June 3, 2010

Ayat-ayat cinta berkaitan sifat SABAR

AYAT-AYAT CINTA BERKAITAN SIFAT SABAR

[1] "maka bersabarlah kamu seperti telah bersabar orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari Rasul-rasul"

[2] "Maka bersabarlah kamu (Hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu. dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam perut ikan ketika sedang berdoa ia dalam keadaan marah kepada kaumnya,"

[3] "Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan,dan jauhilah mereka dengan cara yang baik"

[4] "Sesungguhnya Kami telah menurunkan AL-qur'an kepadamu Hai Muhammad dengan beransur-ansur. maka bersabarlah kamu untuk melaksanakan ketetapan Tuhan, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdusta dan orang-orang kafir di antara mereka,"

[5] "Dan jika kamu memberikan balasan .maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu, akan tetapi jika kamu bersabar sesungguhnya itulah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.Dan bersabarlah Hai Muhammad dan tidaklah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah,dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan,"

[6] "Dan sesungguhnya akan Kamu berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan inna lillahi wainna ilaihi raji'uun.Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

[7] "Dan sesungguhnya Kamu benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu agar kamu menyatakan baik buruknya hal ehwalmu."

[8] "Jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan,"

[9] "Dan sesunnguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripda apa yang telah mereka kerjakan."

[10] Sesunnguhnya hanya orang-orang yang sabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."

1.Al-Ahqaf:35
2.Al-Qalam:48
3.Al-Muzammil:10
4.Al-Insan:23-24
5.An-Nahl:127
6.Al-Baqarah:155-157
7.Muhammad:31
8.Ali Imran:186
9.An-Nahl:96
10.Az-Zumar:11

maka perlulah kita memilih untuk tidak bersabar dalam setiap dugaan yang melanda?
tepuk dada tanya iman
wallahua'lam

Wednesday, June 2, 2010

LEAD TURKEY!LEAD!

KLIK sini

kepada muslimin dan muslimat
ushakanlah untuk hadir
jika tidak dapat sekurang2nya sebarkanlah perkara ini pada yang lain
wallahua'alam

LEAD TURKEY!LEAD!

Tuesday, June 1, 2010

kepada kamu yang bernama remaja

KLIK SAJA jika kamulah remaja

peduli Palestin

Kobarkan Semangat Peduli Palestin


To



Kejadian terbaru serangan Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza adalah sebuah perbuatan terkutuk yang sememangnya sudah tidak asing bagi Israel laknatullah. Kita semua tahu bahawa Yahudi adalah sebuah bangsa yang tidak akan pernah redha dengan Umat Islam.



Apa kata dunia tentang serangan yang tidak berasas ini? apa kata diri kita sendiri tentang serangan yang tidak berperikemanusiaan ini? apakah kita melihat dengan kasihan, atau melihat dengan penuh kesedaran? melihat dengan simpati atau empati?



Para pemuda di sekeliling kita, para muslim disekeliling kita. Sudahkah kita bangkitkan mereka untuk menyedari tentang krisis yang sedang berlaku ini? Kekejaman yang sedang terjadi ini?



Tepuk dada, tanya iman...biar hati berbicara berpandukan petunjuk Ilahi. Kobarkan semangat peduli palestin.



Jangan hanya melihat dan mengeluh lantas berpuas hati dengan hanya berdoa, itupun sekadar melepaskan batuk di tangga. Berusahalah dengan segenap upaya yang kita miliki untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam khususnya demi mempertahankan Bumi milik Umat Islam.



Ya! Apa yang kita mampu, kita laksanakan. Jangan tunggu kekuatan, binalah dan kejarlah ia sampai kita bertemu Tuhan!



Allahuakbar! Salam perjuangan daripada http://www.facebook.com/l/bda6c;paksi.net
 
 
p/s:Terkini Dari Gaza:Jamaluddin Alias ,wakil Yayasan Amal Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang diserang Israel.kesemua ada 8 orang rakyat Malaysia 6 relawan dan 2 wartawan.NGO terlibat YAM,HALUAN PALESTINE,MUSLIM CARE dan PEMUDA MASJID.Setakat ini 16 Syahid dan kapal2 diarah berlabuh ke pelabuhan Haifa untuk dipenjarakan!!Dunia..kenapa masih berdiam diri??!!!