Monday, February 14, 2011

hutang yang tidak terbayar

bismillah
sedikit perkongsian drpd projek iman minggu lepas
ana tidak dapat sertai bersama kerana 2 hari cuti minggu lepas sibuk mengkaji sejarah dengan illani dan kawan2 lain bersama-sama kakak2 senior
semoga bermanfaat

walaupun tak dapat join projek iman
dapat baca artikel yang disediakan oleh ajk pembangunan rohani pun sudah cukup untuk memberikan mesej kepada ana
HUTANG YANG TIDAK TERBAYAR
mula-mula sahaja tajuk ini terpacul dr mulut sahabat ana saadah
ana terus tanya hutang material atau hutang budi?
ya,hutang budi.kita terhutang budi pada kekasih agung Dia,Rasulullah s.a.w.
sangat cantik tajuk ini dikupas memandangkan maulud nabi adalah pada hari Rabu ini

hasil kajian sejarah ana dan illani pada hari jumaat yang lalu memang benar-benar menyaksikan betapa banyaknya jasa-jasa yang telah Rasulullah taburkan kepada kita
sejak dr turunnya wahyu
Rasulullah cuba menyampaikan risalah secara rahsia dimulakan dengan pembentukan individu muslim dalam kalangan sahabat dan keluarga secara rahsia selama 3 tahun di mekkah
seterusnya secara terang-terangan setelah turunnya wahyu dari Allah
Islam yang dipandang asing itu sudah pasti mendapat tentangan hebat dari orang-orang yang jahil dan masih mahu mempertahankan sembahan nenek moyang mereka iaitu berhala
Rasulullah dan muslim pada waktu itu ditentang dengan hebat
dipulau,disiksa dan sebaginya
namun Rasulullah tetap tidak berputus asa
dakwah diteruskan dengan wasilah HIJRAH ke madinah

Kemunculan madinah sebagai sebuah daulah pertama bagi islam menyaksikan jumlah umat islam yang semakin bertambah
namun perjuangan Rasulullah tidak terhenti di situ
Perang badar tercetus rentetan drpd peristiwa perlanggaran perjanjian hudaibiyah oleh musyrikin makkah yang membantu bani bakar yang membunuh salah seorang dari satu bani yang menyokong islam
dan rentetan dr itu muncul lagi beberapa siri peperangan yang lain seperti perang uhud,khandak,tabuk, dan lain-lain

Nampak kan betapa susahnya Rasulullah s.a.w mempertahankan islam
bukan untuk sesiapa tetapi untuk kita
malah semasa kewafatan baginda,baginda hanya ingatkan kita sahaja
ummati!ummati!itulah yang terpacul dari mulut baginda
namun kita hari ini.Apakah kita benar-benar menghargai islam yang diwariskan kepada kita.
islam kini hanya pada nama.ISLAM,jelas terpampang pada kad pengenalan masing-masing
namun praktikal islam itu zero!
malah ada yang lebih dr itu islam tidak lagi pada nama

Maka,apakah tuntutan kita untuk menghargai jasa Rasulullah ini?
insya Allah ana akan kongsikan dalam post seterusnya



No comments: