Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'uud r.a beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda ,dan baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan [iaitu dipercayai]:
Sesungguhnya setiap orang dalam kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibu selama 4o hari berupa air mani,kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama ,kemudian menjadi seketul daging dalam tempoh yang sama,kemudian dikirimkan kepadanya malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat iaitu supaya menulis rezekinya,ajalnya,amalannya, dan adakah dia celaka atau bahagia.Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga ,sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta ,lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka.Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka ,sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Kefahaman hadith:-
1.Peringkat pertumbuhan janin dalam rahim
Ayat-ayat berkaitan dengannya:-
"Wahai manusia! Jika kamu meragukan [hari] kebangkitan,maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,kemudian dari setitis mani , kemudian dari segumpal darah ,kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna.agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam rahim menurut kehendak Kami...."
[Al-Haj:5]
Hikmat kejadian berperingkat-peringkat;:-
Pengajaran kepada manusia di mana untuk mencapai kesempurnaan maknawi mestilah melalui cara [tadarruj] beransur-ansur bukan secara drastik [gopoh dan gelojoh].
2.Peniupan ruh:-
Sepakat ulama mengatakan bahawa ditiup roh pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmah bagi perempuan yang kematian suami,baginya iddah selama 4 bulan sepuluh hari,untuk menjamin kesucian rahim [tak mengandung]
3.Pengguguran janin:-
Sepakat ulama menyatakan haram [setelah ditiupkan ruh]-dikiran sebagai jenayah dan wajib membayar diyat [denda] bila digugurkan ,sekalipun mati selepas itu.
Gugurkan sebelum ditiupkan ruh-juga haram pada kebanyakan pendapat.Ada yang kata boleh tapi pendapat dhaif
4.Keluasan ilmu Allah
Maha mengetahui keadaan keadaan makhluk sebelum dijadikan sama ada iman dan taat atau kufur dan maksiat,bahagia atau derita semua dalam pengetahuanNya.
Pengajaran hadith:-
Kejadian manusia yang unik menunjukkan bahawa kekuasaan Allah s.w.t mencipta makhlukNya,seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah.Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia berakal,kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya-manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh Islam melalui Al-Qur'an dan hadis nabi sejak 14 kurun lampau,tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains.Ini adalah bukti yang jelas bahawa Allah s.w.t yang mencipta makhluk ini.Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan:-
-rezeki
-ajal
-amalan
-celaka atau bahagia
Amalan terakhir manusia penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat.Boleh jadi dia sangat baik sepanjang hayat tetapi di saat akhir dia buat amalan ahli neraka.dan sebaliknya.semoga Allah istiqamahkan iman kita dan amalan soleh kita insya Allah.
p/s-tidak semestinya orang yang sekarang biasa-biasa naik tahun 3 nanti tidak boleh jadi individu luar biasakan?Semoga Allah mudahkan.