Tuesday, November 30, 2010

Perintis 10

bismillah
mungkin ini hanya sekadar sebuah pengumuman
khas buat student yarmouk dan JUST tahun 2010/2011
anda semua dijemput untuk join group Perintis 10 di fb masing-masing

Mungkin masih ada di luar sana yang masih tidak tahu apakah kepentingan group ini
untuk pengetahuan pengunjung blog perkongsian hearty yang terdiri daripada pelajar2 tahun 1
insya Allah batch kite mempunyai organisasinya yang tersendiri
tujuan organisai batch ditubuhkan adalah untuk membantu serba serbi urusan Permai
mengeratkan silaturrahim antara pelajar tahun 1 seterusnya membantu mendukung misi Pemai bagi mewujudkan kesepaduan ahli Permai itu sendiri
(betul ke kenyataan ana ni?)
serta bersama-sama nasihat-menasihati dalam usaha membentuk peribadi muslim atau muslimah dalam kalangan kita semua
maka group perintis 10 ditubuhkan untuk menjadi wasilah bagi berkongsi maklumat atau sebarang pengumuman mengenai aktiviti-aktivit permai atau badan kebajikan anak negeri
serta wasilah bagi mengertakan silaturrahim dengan berkongsi maklumat,tazkirah,nota-nota,peringatan dll


maka dengan itu,ana selaku empunya blog perkongsian hearty menyeru semua pelajar tahun 1 baik yarmouk uni atau JUST untuk menyertai group ini di fb
taip PERINTIS 10,dan tekan butang JOIN (kalau x silapla)
dan kepada mana2 individu yang telah join group ni seru2lah sahabat2 kite yang lain utk turut serta ok


wallahua'lam
semoga bermanfaat

Sunday, November 28, 2010

ayah dan ibu





ayah dan ibu
terima kasih mendengarkan
walau mungkin sekejap cuma
sungguh aku rindu
namun perjuangan harus diteruskan

ayah dan ibu
terima kasih medengarkan
mohon doanya agar anakmuu di sini menemui kebahagiaan


p/s-mencari sinar bahagia..mungkinkah akan kutemui di penghujungnya?

Saturday, November 27, 2010

pengisian rohani

bismillah
minggu ni yarmouk uni cuti sehari sahaja
esok da start sekolah balik memandangkan cuti aidil adha kami haritu diawalkan satu hari

alhamdulillah walaupun cuma sekadar satu hari
padat dengan pengisian rohani..cuma sayang termiss kelas tafaqquh pagi tadi sebab ada hal yang perlu diselesaikan dengan ahlul bayt

mengulas mengenai pengisian rohani
alhamdulillah projek iman yang kedua anjuran biro tarbiyah MMY telah berjaya dilaksanakan
projek iman sebelum ini mengulas mengenai SIAPA MUSLIM?
maka kesinambungan dari itu malam ini kami mengulas mengenai TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH DAN MEMBENTUK ISLAM

mentauhidkan Allah itu sendiri adalah menolak jahiliyyah
berdasarkan apa yang ana dapat dari FAIQAH dan SAADAH
tauhid merupakan elemen yang penting untuk membezakan kita dengan orang lain

TAUHID itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu tauhid uluhiyyah,rububiyyah dan asma wa sifat
tapi kami bukanlah bercadang untuk mengulas satu persatu berkenaan perkara di atas
apa yang kami bincangkan ialah apakah kepentingan lafaz tauhid itu sendiri yakni lafaz
LA ILAHAILLALLAH

hakikatnya,kalimah tauhid di atas adalah untuk menyingkirkan atau bahasa baru kami mensayonarakan jahiliyyah dalam diri setiap muslim

mengulas sedikit mengenai lafaz لا اله الا الله
faiqah memberikan persoalan kepada kami kenapa perkataan اله yang digunakan bukan perkataan رب
berdasarkan apa yang ana dapat dari pentaujih,اله itu sebenarnya bermaksud cinta
x sempat nak tanya faiqah mana dia dapat kata dasar اله sehingga membawa maksud cinta tu
tapi dr sini dapat difahami bahawa apabila kita melafazkan kalimah tauhid bermakna tiada cinta yang agung melainkan cinta Allah

kalimah tauhid ini secara tersurat membawa maksud tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad persuruh Allah
manakala dr segi makna tersiratnya membawa maksud tujuan Allah utuskan kalimah ini supaya kita dapat merasakan tiada kekuasaan lain yang lebih berkuasa kecuali Allah

SYARIAT DAN AQIDAH TIDAK BOLEH DIPISAHKAN

usai mengulas sedikit sebanyak mengenai kalimah tauhid,kami mengulas mengenai syariat dan kaitannya dengan aqidah
garis putus antara syariat dan aqidah ialah menghukum dengan cara jahiliyyah
yakni mengikut hawa nafsu
maka  seandainya benar kite mentauhidkan Allah dan menolak jahiliyyah  kita harus menghukum mengikut hukuman Allah sebagaimana yang telah tertulis di dalam surah al-maidah:49

" Dan hendaklah engkau memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah,dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka.Dan waspadalah terhadap mereka,jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu.Jika mereka berpaling dari hukum yang telah diturunkan oleh ALLAH),maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkehendak menimpikan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka.Dan sungguh kebanyakan manusia adalah dalam kalangan orang-orang yang fasik."

wallahua'lam..setakat itu sahaja yang ana dapat kongsikan
sebenarnya banyak lagi,tapi kerana kesuntukan masa maka kami sempoat kongsi dan kupas beberapa pint sahaja.


p/s-sedang belajar menjadikan penulisan lebih bererti,mohon komentar membina ^^

Tuesday, November 23, 2010

hilang

Hilang
tenggelam dalam kesesakan manusia
keliru dengan diri sendiri
berubahkah aku atau berubahkah kamu?

sungguh aku rindu
rindu pada mereka yang jauh di sana
rndu pada mereka yang terpisah kerana mengejar cita-cita

rndu akan detik2 itu
aku dan kamu saling menguatkan
aku dan kamu saling memberi nasihat

currently merindui cik hanis zikri,iman namyra,afifah syakila,aiman hudi,farha jalilah,hanum rusmadi,shafiza sunawan,hani, dan kawan2 lain yang berterabur di serata dunia

p/s-maaf andai aku tdk seperti dulu

TEMAN KETIKA BELAJAR

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.
Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.
Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.

Bila nak kahwin?
Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.
Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.
Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?
Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.
Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.
Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.
Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.
Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.
Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.
Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.
Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.
Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?
Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi
Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?

Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.
"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"

Pra Perkahwinan

Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.

Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.

Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.

Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah.  Allah sentiasa bersamamu.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.
"Dari Allah, Kepada Allah"

SUMBER: i luv islam.com

keputusan exam dan tagged dari nurulaneeyaamirah


bismillah
alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah
mungkin tidak sehebat sahabart seperjuangan yang lain hanum,hasanah dan fatin syahirah
mabruk alikunna ya sodikooti
namun insya Allah ana yakin apa yang Allah beri adalah yang terbaik
ya,memang terbaik!
terbaik untuk muhasabah diri
mungkin ada yang masih kurang dari sudut usaha
mungkin ada yang kurang dari sudut muamalat dengan-Nya
mungkin ada kurang dari sudut muamalat dengan manusia
mungkin ada dosa-dosa yang menyelubungi jiwa
mungkin kerana leka dengan cinta duniawi
maka ana kira keputusan ini adalah yang terbaik
doakan ana dan kawan-kawan untuk exam akan datang

***

to aneeya amirah
kite da try jawab tagged to
tp segan nak publish
tagged tersebut disimpan dalam arkib blog monolog seorang hamba =)
dan all the best untuk mereka2 yang exam hari esok ^^

Saturday, November 20, 2010

sambutan aidil adha

bismillah
sekejap sahaja cuti aidil adha yang sepuluh hari telah berlalu
alhamdulillah..raya aidil adha di sini memang banyak beza
cuma diri ini sudah tentu terasa sangta ingin bersama-sama keluarga melengkapkan bilangan ahli rumah di malaysia menjadi 12 orang

rentetan dari posting aidil adha di perantauan yang lalu
hari2 seterusnya ana dan sahabat2 sibuk membantu kak syairah safiyyah merangkap biro persegaran untuk menyediakan air dan makanan bagi akhowat2 yang bertungkus lumus memotong daging utk dimasak syabab dan utk agihan
terasa manisnya ukhuwaah duduk beramai2 bekerjasama bersama-sama

selain itu sakkan ana juga sibuk membuat sakkan terbuka semalam
alhamdulillah,,berkat kerjasama masing2
kami berjaya menyiapkan 3 menu untuk sakkan terbuka semalam
terdiri daripada mihun sup,nasi tomato dan ayam masak merah,serta nasi impit

thx kepada sakkan JPA yang tak lupa buat sakkan terbuka sekali
seriously sambutan kat cn sangat meriah mcm sambutan hari raya aidil fitri

p/s-my first sis bakal berkahwin x lama lagi..semoga Allah memudahkan urusan kaklong ^^..
lepas ni giliran siapa pulak ye??  =)

Friday, November 19, 2010

melakar memori di syria-episod 2

14 november

pagi ini sarapan nasi goreng bertemankan sambal belacan pula
usai sarapan kami meneruskan ekspedisi kami untuk mendaki jabal arba'in
memang terbaek naik pick up
terkenang saat2 indah semasa berusia 15 tahun menaiki lori menyelusuri hutan simpan dusun pahang
tapi kali ini lagi terbaik
kerana kami beramai2 menaiki lori menyelusuri lorong yang sempit dan sangat2 curam
pak cik lori memang terbaek!!

selepas sampai ke atas kami perlu menaiki tangga untuk terus ke puncak gunung (btol ke puncak?)
kebetulan hari itu ana sedondon berbaju biru dengan kak sarah
kak hasna' dan kak syidah berbaju hitam
begitu juga alun dan akh yaqzan
manakala pasangan mutazzawij berpakaian merah jambu..comel je..ngee~~

so alang2 da sedondon kami berlumba siapa yang akan sampai dulu
seriously sangat2 penat dan nampaknya kak hasna' telah mendahului
di atas gunung inilah tempat berlakunya pembunuhan pertama di dunia
yang melibatkan habil dan qabil
kelihatan di dalam gunung itu rekahan yang berbentuk lidah
dipercayai merupakan lidah gunung kerana menjerit melihat pembunuhan pertama di dunia
kelihatan juga rekahan jari yang dikatakan milik malaikat jibrail yang cuba menahan gunung dr menghempap qabil yang cuba membunuh habil
sejauh mana kesahihannya wallahua'lam
para pengunjung blog bolela cuba klik google lepas ni ok =)

di atas gunung ini juga terdapat mihrab 40 orang wali Allah
berdasarkan apa yang Alun cerita
wali2 ini bertebaran di dunia tapi tiada siapa tahu siapa mereka
dan mereka sentiasa bersidang dan berhubung antara satu sama lain
kesahihannya?wallahua'lam..satu lagi task nampaknya untuk dikaji ana dan antum semua

dan di atas gunung ini juga ada banyak kucing2 yang comel,dan bulat tapi sayang penakut
sempat berbual2 dengan pak cik penjaga gunung tersebut
memang terbaek!!!

usai mendaki gunung kami solat jamak taqdim zohor asar di musolla
kemudian menikmati juadah di mat'am maliziya
selepas perut diisi kami meneruskan perjalanan ke muzium tentera
sekadar berjalan2 dan melihat barang2 yang dijual di sana
ana?x beli ape2 sebab siriously ana memang slaloo blur nak shopping apa

next station kami ke makam zainab kubra
sebelum berangkat ke sana memang sentiasa diduga kerana sukar untuk mencari bas dalam keadaan petang hari yang sibuk
dan ramai pulak orang2 syria ingin ke tempat yang sama
setelah beberapa jam meredah gelap senja yang tidak begitu pekat
kami bertolak ke sana

subhanallah masjid dimana makam zainab kubra ditempatkan
memang cantik seni binanya
sebelum kami masuk akh fauzi ade berpesan untuk sentiasa berjaga2 dalam masjid
jaga2 kalau nak tangkap gambar
sebab dalam masjid tu terlalu ramai puak syi yang sangat taksub
bimbang kami akan diapa2kan kalau tersilap kata2 atau perbuatan

makam zainab?
sirius memang sesak dengan muslimat2
pelik dan hairan melihat gelagat mereka yang x keruan memohon itu dan ini di depan makam
makam zainab memang cantik..subhanallah

selepas ke makam zainab kami pulang ke suk middi
mungkin malam terakhir berjalan2 di sni
sempat menikmati ais krim tumbuk
mcm x percaya..teringat dulu masa kecik layan dokumentari tengok orang buat ais krim tumbuk kat tv je
tp Allah izin malam itu ana sendiri melihatnya dengan mata 2 pasang mungkin yang dikurniakan Allah
pulang ke hotel jam 11 malam selepas kenyang makan ayam
sori kak sarah dan kak syidah x belanja,,sebab ingatkan akak berdua da beli shawarma sendiri..hehe..

15 november

pagi terkahir kami di syria
rndu jordan?adala juga atas sebab2 tertentu =)
tapi kalau ana mcm kak syidah merangkap timbalan pengarah jamuan raya badan kebajikan anak johor jordan pasti ana rs x puas berada di syria
pulang ke jordan bahu sarat dengan tanggungjawab..haha

pagi itu kami menghabiskan sisa2 waktu makan ais krim bakdash lagi
tp kali ini ade cone dia
selain itu kami juga berjalan2 cari pasal cenderahati utk dibawa pulang
sekali lagi anala paling blur nak beli apa
apa yang kakak2 beli..itu la yang ana beli

kami juga sekali lagi berkunjung ke masjid umawi serta makam sultan salahuddin al~ayubi
entah biller akan ke sana lagi
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
syukran jazilan kepada alun yang telah membawa kami berjalan2 di sekitar damascus
jazakallah kepada akh fauzi dan isteri kak nadiah abdul manap
kak sarah,kak syidah,kak hasna serta akh yakzan


p/s: posting mungkin x semantap kak hasna',,ngee~

Thursday, November 18, 2010

melakar memori di syria-episod 1

bismillah
maaf posting tertangguh
bukan kerana taklifan yang menggunung sebagaimana senior
tapi berkira2 untuk menulis selagi tiada gambar di dalam simpanan ana

namun sebelum posting ini expired
ana cuba ekspresikan seringkas mungkin jaulah ana ke syria tempoh hari


12 november

bertolak dr rumah akh fauzi bersama kak nadiah.kak sarah, kak syidah,kak hasna' dan akh yaqzan dengan menaiki 2 teksi
sampai border diuji kerana passport yang bertulis 'valid until 18 november' itu x boleh diguna pakai
kata kak nadiah "xpe..pengalaman"

tbe di hadapan tugu salahuddin al~ayubi sekitar waktu maghrib
menunggu tourist gudier kami Alun untuk menjemput kami dan terus menuju ke penginapan kami di MAHABBAH HOTEL

oleh kerana kami baru sahaja sampai ke bumi syria
aktiviti malam itu sekadar makan2 dan berjalan2 di sekitar sukk midi dan mencuba air tuut (blue berry)
memang terbaek!!!

13 november

pagi hari yang tenang dimulakan dengan sarapan nasi lemak dr mat'am malizia
usai sarapan pengembaraan bermula
menziarahi makam2 para sahabat dan kaum kerabat nabi muhammad s.a.w
antaranya makam zainab sughra,makam muawiyah,makam sukainah,makam bilal,makam ra'isul syuhada karbala dan lain2
sepanjang ziarah kami ke makam ini kami terserempak dengan puak syiah yang berpakaian serba hitam
keadaan agak sesak
diiringi dengan lagu atau mungkin syair  yang ana pon x pasti bahasa apa
sempat melihat ketaksuban mereka ketika menziarahi setiap makan
menangis,meratap,mencium makam,mengelilingi,menumbuk2 dada dan mcm2lagi ragam

selepas habis semua makam kami ziarahi
destinasi seterusnya ialah masjid umawi
di sini terletaknye kepala nabi Yahya a.s
serta terdapat baptis iaitu tempat menyucikan dosa mngikut kepercayaan orang2 kristian

usai ke makam kepala nabi Yahya
kami mengunjungi makam Hussein bin Ali
kelihatan segelintir puak syi mencium satu sudut di makam itu
ambil berkat katanya

seterusnya kami mengunjungi makam salahuddin al~ayyubi
bagai x percaya ana sedang berada di hapan makam pejuang terkemuka islam satu masa dahulu
kami juga sempat mengunjungi makam abu hurairah yang terletak di celah2 kedai baju

sebelum senja 13 november melabuhkan tirainya
kami sempat berbincang aktiviti utk malam itu
cadangan pada awal utk menaiki gunung qasyun pada esok hari bersama gunung arba'in ditukar
malam itu kami berhasrat untuk naik ke gunung qasyun
makanya ana memilih untuk berehat di hotel sebelum ekspdesi kami malam itu dimulakan
sebaliknya kak sarah,kak syidah dan kak hasna' meneruskan shopping si suk middi huhu~

dan malam itu ya kami menaiki gunung qasyun
bukan dengan kaki tetapi dengan teksi =)
pemandangan bumi damascus di malam hari dapat dilihat dr atas gunung ini
subhanallah..indah
mengingatkan ana pada rumah di malaysia
sebab malam hari,kami juga berpeluang meilhat pemandangan seluruh bumi rawang dr atas gunung memandangkan rumah ana terletak di atas bukit =)
ekspedisi malam itu disudahi dengan segelas air carrot susu
mata sangat mengantuk kerana telah melepasi waktu 'qarar'

TO BE CONTINUED....

Wednesday, November 17, 2010

aidil adha di perantauan

bismillah
hari ini genap 2 bulan ana berada di bumi jordan
2 bulan nampak baru sekejap
tempoh masa yang singkat namun menyimpan pelbagai kenangan
pahit manis hanya Allah yang tahu

hari ini juga tanggal 10 zulhijjah di jordan
umat islam sebagaimana di malaysia dan negara2 lain meraikan hari raya aidil adha

mandi sunat raya?
apakan daya air di jordan sangat terhad
sembahyang raya?
semoga lepas ini dapat datang ke masjid yarmouk lebih awal =)
takbir raya?seriously berbeza dengan versi malaysia
kalau dengar takbir malaysia siyes terasa syahdu
syukran kepada ahli bayt ana hasanah yang suke bertakbir usai solat jemaah
terasa la jugak bahang aidi adha di rumah
makan raya?
memandangkan ana baru balik dr syria tak sempat nak beli barang2 utk juadah di pagi hari
kesudahannya menu makan pagi kami nasi lemak
menu spesel yang xkan dijumpai di mana2 rumah tyme raya =)

rumah terbuka?
syukran kepada kak yati yang menjemput utk bertandang ke rumah
rasa rugi x dapat sleep over rumah kak yati
bersama fatin,hazirah dan illani meyediakan juadah yang pelbagai
hope lepas ni sempat lagi nak dapatkan ilmu masak memasak dr kak yati sebelum kak yati pergi meninggalkan bumi jordan ini
syukran jugak kepada rahil n hanani nabila

selamat hari raya aidil adha khusus buat keluarga di malaysia
siyesly rndu kuah kacang ibu n ayah
terbayang ayam masak merah kak nab
terbayang ayam goreng ibu dan kuah lodeh ayah
selamat hari raya aidil adha juga utk kawan2 di malaysia dan di mana sahaja mereka berada



p/s:nantikan post  syria akan datang
sedang menanti gambar dr semua kameraman n kameragurlz =)


Tuesday, November 16, 2010

seminit sahaja


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke
Mall untuk dibelanjakan!

Betapa
lamanya melayani Allah selama lima belas m i nit namun
betapa
singkatnya  kalau kita melihat filem.

betapa
sulitnya   untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa
mudahnya  kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus ber
f ikir panjang-panjang.

Betapa
asyiknya a pabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita
mengeluh  ketika kh u tbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa
sulitnya untuk membaca satu helai  Al-qur'an tapi
betapa
mudahnya  membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa
beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang
 ketika berada di Masjid

Betapa
Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu b e rahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari
 ketika berpuasa.

Betapa
sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa
mudahnya  menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.


Betapa
sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa
mudahnya  untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa
mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa
kita meragu i  apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al - Quran.

Betapa
Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita
berani dan lamanya  untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa
setiap orang   ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
ber
f ikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang
Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,  
serta terus klik pada icon
DELETE
.

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BER
f IKIR- f IKIR. ..?
Sebar luaskanlah
  & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka

masih percaya akan sesuatu?

azab kubur

Ibnu Qayyim Rahimahullah dalam Kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang menyebabkan kita disiksa di alam kubur:






1.melalaikan shalat



2.membaca al-quran kemudian melupakannya



3.tidak bersuci setelah buang air kecil



4.berkata bohong



5.tidak membayar zakat



6.pola hidup yang berlebihan



7.makan riba



8.korupsi



9.memfitnah saudara muslim



10.khianat terhadap amanah



11.enggan menolong sesama muslim



12.minum khamar



13.berzina



14.membunuh





Alam kubur adalah alam penantian menunggu hari kebangkitan. Pada alam ini, orang-orang yang beriman akan merasakan nikmat kubur, ia bagai seorang yang tidur tenang, sementara orang-orang ingkar pada Rabbnya akan menerima azab kubur yang amat pedih.





'Aisya bertanya tentang azab kubur, Rasulullah menjawab: "ya, azab kubur itu pasti ada". (HR.Bukhari - Kitab Al-Janaiz)





'Aisya ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berdoa dalam shalatnya, "Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur..." (HR.Muttafaqun 'Alaih)





Fase-fase alam kubur:



1.kesempitan kubur



2.pertanyaan Malaikat



3.Azab/Nikmat kubur



4.ditempatkannya ruh



5.kebangkitan





Apabila jasad manusia diletakkan di dalam kubur, kemudian sahabatnya berpaling pulang dan ia masih mendengar suara langkah mereka, akan datang kepadanya 2 Malaikat dan mendudukkannya, lalu bertanya:





"Siapa Tuhanmu?"



"Siapa Nabimu?"



"Apa Agamamu?"





Maka dia menjawab:





"ALLAH Tuhanku"



"Muhammad Nabiku"



"Islam Agamaku"





Terdengar seruan dari langit :





"Benar...hamba-Ku, Hamparkan baginya Tikar dari Syurga, lalu angin dan wangi syurga datang kepadanya, kemudian kuburan diluaskan seluas mata memandang. Seorang rupawan datang menemaninya yang tak lain adalah amal shalihnya". (HR.Ahmad, Abu Daud, Hakim, Baihaki)





Benarkah kita bisa menjawabnya?????....



Dari lisan yang jarang menyebut Asma-Nya???



Dari ibadah yang sering kita remehkan????



Dari Sunnah Rasul yang kita abaikan???





Astaghfirullah...





Pada saat itu, kita hanya bisa menjawa, TIDAK...TIDAK...TIDAK...!!!





Maka terdengarlah suara dari langit,





"Hamba-Ku ini seorang pendusta...Hamparkan padanya Tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu neraka. Panas dan keringnya neraka mendatanginya, kuburan disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya. Seorang yang berwajah buruk berpakaian buruk dan berbau busuk datang kepadanya yang tak lain adalah amal buruknya".





Rasulullah SAW bersabda,"Ketika orang-orang durhaka pada ALLAH tidak bisa menjawab pertanyaan Malaikat, lalu ia dipukul dengan gada besi, hingga ia menjerit, dan dengan teriakan yang sangat keras, didengar oleh semua makhluk ALLAH, kecuali Jin dan manusia". (HR.Bukhari-Muslim)





Semoga menjadi renungan bagi kita semua..aamiin

Friday, November 12, 2010

aidil adha dan sebuah pengorbanan

bismillah
menyahut seruan para senior sekelian
dengan ini ana akan cuba mengekspresikan aidil adha ana
+++

jika ana masih berada di malaysia
tentu sekali saat ana ingin menulis post ini ada dewan bahasa dan pustaka menemani di sisi
kerana suka ana untuk mendefiniskan satu2 frasa yang berhubung kait dengan aidil adha
dan sudah tentu frasa yang paling sinonim dengan aidil adha adalah pengorbanan

menurut kamus dewan yang boleh diklik di internet dengan menggunakan hujung jari anda korban dapat dedefinisikan dalam banyak makna
1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis

 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan;

3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll)

4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa:

 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu

moleklah kiranya ana mengulas mengenai definisi yang ketiga iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai kebaktian

pengorbanan dari kaca mata ana

memandangkan ana  kini berada di bumi jordan
naam,la syak banyak mende yang perlu dikorbankan
sebelum ke sini pon dah kena korban banyak perkara
start cuti raya haji ni pon ana terpaksa korbankan banyak mende
namun kurang manis rasanya ana nak kongsikan bersama
kerana wujud isu2 sensitif dalam mende2 yang ana korbankan itu

selalunya menjelang aidil adha kisah pengorbanan yang paling popular adalah kisah nabi ibrahim dan nabi ismail
namun memandangkan ana akan ke syria
moleklah ana kongsikan kisah korban habil dan qabil pada zaman nabi adam dahulu
(kat syria lah ada gunung tempat  mereka letak korban masing-masing)

Ketika perintah Allah mengkehendaki mereka mempersembahkan korban, masing-masing mempunyai reaksi dan respons yang berbeza. Habil sanggup mengorbankan binatang ternakan yang terbaik manakala Qabil hanya mengorbankan hasil pertaniannya yang sudah rosak. Habil mampu mempositifkan perintah Allah itu walaupun ia sangat berat. Sukar untuk kita cari manusia kini yang mampu menyumbangkan harta yang paling mereka sayangi dan paling berharga buat mereka demi Allah.Majoriti antara kita memikirkan mereka hanya mampu menyumbangkan harta atau dana di saat rezeki yang diperolehi melimpah ruah. Namun, disaat kita merasa kekurangan, tidak ramai yang sanggup menghulurkan sebahagian daripada rezeki yang sedikit itu dan juga merupakan harta yang sangat-sangat mustahak bagi mereka.Maka di saat Habil diterima korbannya oleh Allah, Qabil tidak mampu menerimanya malah timbul di hatinya sifat-sifat negatif yang ditiup oleh iblislaknatullah
 
“…Maka (korban) salah seorang daripada mereka berdua (Habil) diterima dan yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia(Qabil) berkata, ‘Sungguh, aku pasti membunuhmu!”
(Al-Ma’idah:27)


Cas-cas negatif yang telah mempengaruhi Qabil telah mendorongnya untuk membunuh saudaranya sendiri. Pada saat ini, perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak lagi wujud. Perasaan ini telah dilenyapkan dengan cas-cas negatif yang telah dijanakan oleh sikap Qabil tadi. Oleh yang demikian, Qabil tidak lagi mampu mewujudkan rasa kasih walaupun terhadap saudaranya sendiri pada ketika api kemarahan itu membara. Namun, Habil, hamba Allah yang beriman, sekali lagi menghadapi ujian Allah ini dengan positif. Seperti yang digambarkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an:

“Sungguh, jika engkau (Qabil) menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, aku tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu.Aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam” (Al-Ma’idah:28)


Di sini, kita dapat melihat betapa halusnya peribadi Habil yang tetap kasihkan saudaranya walaupun nyawanya berada dalam bahaya. Habil mampu mengaurakan cas positif dalam dirinya meskipun dia berada di saat genting.

jujur ini hanya risalah yang dicopy dan paste
ana tidak mengharapkan hakim menilai post ini dengan penilaian yang tinggi
apa yang ana harapkan pengunjung2 blog dapat mengambil iktibar dari kisah di atas
wallahua'alam

akhir kata kullu am wa antum bikhair dari empunya blog perkongsian hearty
berkorban tidak salah namun jangan sampai kita terkorban



p/s-away from jordan until 15 november


Thursday, November 11, 2010

hargai masa

Sebagian dari kita masih sering mensia-siakan waktu yang kita miliki selama hidup di dunia ini, dengan melakukan hal-hal yang tidak bermanfaat. Mungkin sebagian dari kita ada yang berpikir, nanti saja, kalau sudah menjelang tua baru memperbaiki ibadah kepada Allah.

Biasanya orang menunda amal kebaikan karena lebih mengutamakan dunia dan tidak mementingkan akhirat. Contohnya, karena kesibukan segala aktifitas urusan dunia, seseorang jadi sering menunda-nunda kewajiban amal ibadah atau amal kebaikan.

Padahal hal ini sangat salah, karena kita tidak pernah tahu, sampai kapan kita akan hidup di dunia ini. Kita tidak bisa memastikan bahwa kita akan dapat hidup sampai tua nanti. Bisa saja kematian mendatangi kita disaat kita masih muda belia. Lalu mengapa kita harus menunda-nunda amal ibadah dan kebaikan?

Ketahuilah setiap tarikan dan desahan nafas kita, saat kita menjalani waktu demi waktu, adalah merupakan langkah menuju kubur. Dan waktu yang kita jalani hidup di dunia ini, sebenarnya sangat singkat, karena itu sangat ruginya kita apabila kita menjalaninya dengan sesuatu yang tidak berharga. Kita sia-sia kan waktu dan kesempatan hidup di dunia ini, dengan melakukan hal-hal yang tidak membawa kemaslahatan dunia akhirat kita.

“Tiada suatu nafas yang terlepas dari kita, melainkan disitu pula ada takdir Allah yang berlaku atas diri kita.” Karena itu, hendaklah kita selalu menjaga, agar dalam setiap nafas kita, selalu kita upayakan dengan sekuat tenaga, agar kita tetap berada dalam keimanan dan ketaatan pada-Nya, serta jauh dari maksiat dan perbuatan dosa.

Banyak sekali orang yang membuang-buang waktunya hanya untuk hal-hal yang tidak berguna. Dan kebanyakan dari mereka tidak menyadari bahwa mereka telah mensia-siakan waktu yang tidak akan mungkin kembali lagi. Perhatikan firman Allah SWT berikut ini: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(QS. Al-Hasyr [59] : 18)

Dalam Al-Qur’an Surah Al-Ashr (103) ayat 1-3, Allah SWT berfirman yang artinya sebagai berikut::
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Ayat di atas menjelaskan bahwa manusia memang benar-benar berada dalam kerugian apabila tidak memanfaatkan waktu yang telah diberikan oleh Allah secara optimal untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan baik.

Rasulullah SAW bersabda, ”Ada dua nikmat, di mana banyak manusia tertipu di dalamnya, yakni kesehatan dan kesempatan.” (HR Bukhori). Hadits ini menjelaskan pentingnya memanfaatkan kesempatan (waktu), karena tanpa disadari banyak orang terlena dengan waktunya.

Imam Al-Ghazali dalam bukunya Khuluqul Muslim menerangkan waktu adalah kehidupan. Karena itu, Islam menjadikan kepiawaian dalam memanfaatkan waktu termasuk di antara indikasi keimanan dan tanda-tanda ketakwaan. Orang yang mengetahui dan menyadari akan pentingnya waktu berarti memahami pula nilai hidup dan kebahagiaan.

Membiarkan waktu terbuang sia-sia dengan anggapan esok masih ada waktu merupakan salah satu tanda tidak memahami pentingnya waktu, padahal ia tidak pernah datang untuk kedua kalinya atau tidak pernah terulang. Dalam pepatah Arab disebutkan ”Tidak akan kembali hari-hari yang telah lampau.”

Karena itu jangan sia-siakan waktu, manfaatkanlah segera :
1. Waktu muda sebelum datangnya tua
2. Waktu sehat sebelum datang sakit
3. Waktu kaya sebelum datangnya miskin
4. Waktu luang sebelum datangnya sempit
5. Waktu hidup sebelum datangnya mati

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan baik amalannya, dan sejelek-jeleknya manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan jelek amalannya.” (HR. Ahmad)

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Barzah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam pada hari kiamat sebelum ditanya tentang 4 perkara : Tentang umurnya untuk apa ia habiskan, masa mudanya untuk apa ia gunakan, hartanya dari mana diperoleh dan kemana dibelanjakan, dan ilmunya, apa yang diamalkannya.” (HR. Tirmidzi)

Dengan memperhatikan hadits diatas, dimana kelak kita akan ditanya tentang 4 perkara, tentang umur kita selama kita hidup didunia ini, kita habiskan masa muda kita untuk apa? Alangkah sangat menyesalnya kita, jika ternyata kita menghabiskan masa muda kita untuk hal-hal yang tidak berguna dan berdosa. Kita pun akan sangat menyesal apabila ternyata harta yang kita miliki, kita peroleh dengan cara yang tidak halal dan membelanjakannya untuk sesuatu yang tidak halal juga. Kita pun akan sangat menyesal kelak, apabila ilmu yang dianugerahkannya, justru malah kita gunakan untuk bermaksiat pada-Nya. Misalnya dengan menggunakan ilmu dan kepandaian kita miliki untuk menipu, memanipulasi dan berbuat kecurangan selama hidup kita.

Karena itu, sebelum terlambat, sebelum kematian mendatangi kita, marilah kita memanfaatkan waktu yang tersisa dari umur kita ini untuk hal-hal yang bermanfaat bagi dunia dan akhirat kita. Marilah kita perbanyak berbuat kebaikan, jangan menunda-nunda amal kebaikan, karena belum tentu besok kita masih punya waktu untuk melaksanakannya. Kita tidak pernah tahu kapan ajal datang menjemput kita. Dan alangkah sangat menyesalnya kita, apabila dalam hidup kita yang singkat ini, lebih banyak kita lewati dengan melakukan hal-hal yang akan kita sesali di akhirat kelak. Karena waktu yang sudah lewat, tidak akan pernah bisa kembali lagi.
Dewi Yana - jalandakwahbersama

Wednesday, November 10, 2010

exam di bumi jordan

bismillah
alhamdulillah baru sahaja usai menjawab peperiksaan untuk madah mabadik masorif islam
sedikit ketegangan berlaku antara pelajar arab dan melayu sebelum exam
pelajar arab minx tangguh memandangkan drg ade banyak exam subjek lain
n kami maliziyyun on je sebab kepala pon da nak pecah baca buku berhari2
tambahan da target nak wat mcm2 lepas exam
maaf kepada kwn2 arab
kami dilemma antara memenuhi kehendak doktor ibrahim ubadah atau kehendak antum dan atunna semua
mohon doanya agar result kami baik2 aja
wallahua'lam

terkenang detik2 amik exam spm tahun lalu =)

Friday, November 5, 2010

iftar jamaie family az~zikr

bismillah
alhamdulillah dapat menghadiri iftar pertama bersama family az~zikr  semalam
di bait raudhatul iman
syukran jazilan kepada senior2 az~zikr
terasa bahagia duduk sebumbung dengan kwn2 dan senior dr uni yarmouk dan techno
terasa masih ada yang sayang =)

majlis iftar bermula sewal jam 430
tapi ana gagal menghadirkan diri seawal itu kerana menemani azi yang ade kelas nizom pada jam 4-5 petang
usai iftar segera ke musolla tahfiz akhowat utk berkumpul bersama gen2 az~zikr yang lain
bg mendengar ucapan dan harapan dr para pembimbing

"al~qur'an boleh jadi syafaat dan boleh juga memberi laknat-akh salam

"akhlak merupakan kualiti diri paling penting dalam diri seseorang.bila da berniat nak jd hamalatul qur'an tingkah laku akan diperhatikan.jd sebagai ahli az~zikr harus sentiasa menjaga akhlak" -kak munirah

"tujuan az~zikr ditubuhkan bukan untuk memaksa atau menghalang orang untuk menghafal tetapi untuk MEMBANTU orang2 yang berkeinginan untuk menghafal qur'an"-akh radhi

"kita hafal qur'an untuk mendapatkan intipati di dalam qur'an bukan sekadar hafal 30 juz done!"-kak husna

"semua orang ada peluang utk sama2 buat baik.bertambah nya ahli az~zikr x semestinya menunjukkan kita kuat.dan masa jatuh ketika mujahadah adalah kerana permulaan yang buruk"-kak bell-

"semua ahli az~zikr harus ada keinginan untuk menyumbang dalam az~zikr dan jadikan pertemuan ini sebagai satu pecutan semangat utk diri" -akh arif hakimi-

"kalau kita pecahkan manusia ikut unsur terbahagi kepada 2,unsur ruhiyyah dan unsur haiwaniyyah.so kena seimbang dua2 unsur"-mantan pengetua az~zikr

sedikit perkongsian drpd apa yang ana dengar semalam
ayat2 dimodifikasikan tetapi tdk lari dr maksud yang cuba disampaikan

terima kasih kepada para pembimbing yang sentiasa sarat dengan tazkirah
mengingatkan diri agar serius dalam az~zikr
serta muhasabah kembali diri yang masih banyak cacat cela

p/s-maaf kepada semua pengunjung atas perubahan template blog.lepas raya haji insya Allah blog akan dikemaskini sebaik2nya.wallahua'lam