Saturday, July 10, 2010

laporan kursus bahasa di pspj

kesibukan 
seringkali membuatkan manusia alpa dan leka
ya Allah ingtatkanlah aku apa yang aku terlupa
sedarkanlah aku saat aku terleka

+ + +



ayat2 dalam posting kali ini mungkin dalam bentuk formal
sila bertahan ketika membacanya

tanggal 7 jun sehingga 2 julai yang lalu,jabatan agama islam selangor dengan kerjasama lembaga zakat selangor telah melancarkan program kursus pengayaan bahasa arab untuk bakal mahasiswa dan mahasiswi yang akan melanjutkan pelajaran ke jordan dan morocco
seramai 37 orang pelajar akan melanjutkan pelajaran ke jordan manakala bakinya akan meninggalkan bumi malaysia bermigrasi ke maghribi atau lebih dikenali dengan nama morocco

pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kursus seprti debat bahasa arab,lakonan,hiwar bersama ustaz,hiwar bersama rakan2 dan macam
.tenaga pengajar terdiri daripada ustaz hassan dan ustaz ibrahim dari mesir.kenyataan ini telah dinyatakan di dalam posting sebelum ini.maaf jika para pembaca merasa bosan dengan fakta yang berulang.hanya sekadar memenuhi tuntutan laporan.

keberadaan bakal mahasiswa dan mahasiswi di sini bukan sekadar memenuhi tuntuan kursus bahasa,tapi kami turut mengadakan aktiviti2 lain di sebelah petang seperti bersukan.malah sukaneka turur diadakan pada minggu ketiga yang melibatkan semua bakal mahasiswa dan mahasiswa.pelbagai permainan telah diadakan seperti sukaneka dan perlawanan bola sepak.

majlis penutup telah diakan pada 2 julai.tetamu vvip telah dihiburkan dengan persembahan musamarah dr muslimat,lakonan muslimin dan debat antara muslimin dan muslimat bawah tajuk menghantar pelajar ke luar negara adalah penting.munazarah ini telah dimenangi oleh kaum wanita dan mereka telah diberikan voucher hidangan makan malam di De palma Hotel
tahniah..mabruk alaikunna!!

turut diadakan pada sebelah malam jamuan bbq bersama 'warden' kami iaitu ustaz amirul.terima kasih kepada ustaz yang telah berpenat lelah menjaga para peserta daurah yang banyak karenah sepanjang sebulan ini.
harapan kami..2 bulan yang berbaki takkan mengaratakan otak2 kami dari berbahasa arab..kepada semua peserta yang baru pulang dr daurah..rajin2kanlah kontek sesama kita atau mana2 orang arab dan bertuturlah dengan bahasa ini agar tidak menjadi masalah kelak.

wallahua'lam
p/s:laporan yang menggunakan bahasa agak merapu..maaf atas kesulitan.




No comments: