Sunday, October 31, 2010

AMS 2010

bismillah

"wahai orang2 yang beriman!janganlah engkau khianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui"

***

alhamdulillah
kami semua pelajar jordan baru sahaja selesai melantik Ahli Majlis Syura mewakili semua pelajar2 jordan merangkumi universiti yarmouk dan jordan university science n technology

mengulas sedikit mengenai AMS
act nama AMS tu mungkin bukan nama sebenar
tapi sementara waktu ni nampaknya kami menggelarkan organisasi ini dengan nama itu
organisasi ini ditubuhkan atas nasihat majlis tertinggi PERMAI
sebagai salah satu mekanisme untuk

-merapatkan ukhuwah antara ahli batch 2010
-mempermudahkan urusan permai
-memudahkan urusan akademik

berikut merupakan hasil dari pembentukan organisasi pagi tadi di bait permai dan petang semalam di bait mus'ab

KETUA-ahmad syafiq
TIMBALAN-harith
NAIB 1 (yarmouk)-kak aisyah tolhah
NAIB 2 (just) - fatimah danuri
SETIAUSAHA 1-ikmal
SETIAUSAHA 2-naimah akmar
BENDAHARI 1-izzat naqib
BENDAHARI 2-aliyah
KEROHANIAN-hazirah
KEBAJIKAN-shellina
HEBAHAN-aimi
MULTIMEDIA-eida

AKADEMIK
-aisyah (dentist)
-syifa' (medic)
-nasreen ( usul fiqh)
-aisyah nadhirah (usuluddin)
-fatin aqilah (adab)
-aqilah (iktisod)


Sedikit pesanan dr kak farhanah pengerusi HELWI

-ingat bhw amanah itu datang dr Allah
-pemegang jawatan sentiasa diperhatikan
-akhlak jaga (sorilambatsampaiperjumpaantadi)
-tau matlamat penubuhan organisasi (bawa islam)

nikmat paling manis ialah apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai kesusahan untuk menjadikan kita individu yang kuat.Tautan ukhuwwah itulah aset utama untuk menguatkan kita dalam menempuhi segala kesusahan.-kak farhanah HELWI

kepada semua yang terlibat sebagai jawatankuasa utama organisasi ini
selamat menjalankan tugas
semoga Allah memudahkan urusan kita semua
wallahua'lam


Thursday, October 28, 2010

AZ~ZIKR-new family

Dengan nama Allah tuhan sekalian alam




Daripada Saidina Usman b. Affan r.a.,kata Nabi Muhammad s.a.w. “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (hadis riwayat bukhari)



Akademi tahfiz Az-zikr ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2009 demi melahirkan generasi Al-Quran yang unik dari kalangan mahasiswa2 Jordan. Program-program tarbiyah berteraskan Al-Quran yang dirancang bertujuan menjadikan Al-Quran sebagai fisiologi para huffaz agar mampu menjadi promoter risalah nabi yang terbaik sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para sahabat,generasi al-Quran yang pertama. Semoga usaha kecil kita bersama dalam mempertahankan mukjizat teragung ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah,punca segala kekuatan.



* * *
 
bismillah
alhamdulillah,currently being one of the az-zikr family
thank u kepada kakak2 kerana memilih saya yang senanye tidak la berapa bagus tapi akan cuba sedaya upaya memberikan komitmen dalam family az~zikr
semalam perjumpaan pertama buat generasi keenam
antara taklimat yang diberikan ialah
 
-PERSEDIAAN MENJADI HAMALATUL QUR'AN
-CARA-CARA MENGHAFAL QUR'AN
-CABARAN YANG AKAN DIHADAPI
 
sedikit perkongsian ringkas dari taklimat
 
PERSEDIAAN MENJADI HAMALATUL QUR'AN
 
SYARAT WAJIB
- merangkumi  rohani.mental.fizikal n persekitaran
-niat kerana Allah taala
-minx izin dan restu dari ibu bapa
-bersedia dan menyediakan diri yakni paksa diri untuk bersedia
-hati kena bersih
-badan cergas dan sihat
-jaga pemakanan
-menghadiri setiap kelas dan program untuk mendapatkan persekitaran yang menyokong atau membantu hafalan
 
-SYARAT SAH-
 
-hormat Allah
-hormat guru
-hormat rakan sebaya
-tak sombong (merendah diri)
-couple dengan qur'an
-sambil hafal hayati dan fahamkan
-aplikasi
 
CARA DAN METHOD HAFAL QUR'AN
 
-guna mashaf yang sama (kalau boleh rasam uthmani)
-pilih masa yang sesuai especially lepas subuh (begantung pd masing2)
 
TEKNIK HAFAL
 
sebelum
 
-baca banyak kali
-tekankan pada kalimah yang dirasakan susah
-dengar mp3 qur'an slaloo
-lagukan bacaan
 
semasa
 
-hafal 1.2 ayat pd permulaan
-ulang semula dua ayat td
-bc satu page berulang kali
-hafal ikut baris
-tengok tafsiran
 
selepas

-sentiasa fikir ayat yang dihafal

RUKUN HAFAL QUR'AN

-hafal
-tasmik
-muraja'ah
-tilawah
-hifzul jadid

CABARAN

-masalah diri
-masalah komitmen
-masalah akademik

doakan urusan ana dan semua anggota family az~zikr dipermudah


"Disini kita bermula, Di Syurga kita bersama"

(JKK Pembangunan Rohani PERMAI 2008/2009)

p/s-insya Allah ada iftar jamaie 4 november ni sesi beramah mesra dengan generasi2 az~zikr yang lain.

Sunday, October 24, 2010

mencari pengalaman

bismillah
alhamdulillah..minggu ini sarat dengan pengalaman
terutama pengalaman menjadi biro persegaran x rasmi dengan kak yati ishak
the super duper senior kata kak nafisah

jumaat seperti biasa menghadiri kelas tafaqquh di masjid abdullah atal
usai tafaqquh bergegas ke bait permai untuk membantu kakak2 biro persegaran yang sibuk memasak hidangan buat akhowat2 naqibah
sampai2 je sume bahan da diproses..maka kami diletakkan di bawah departmen pembungkusan makanan

seronok seharian bersama kak yati di bait permai
sempat kenal kakak2 lain seperti kak intan dan kak farhaini
kak yati memang sarat dengan cerita dan pengalaman
syukran atas perkongsian

sebelah petang memenuhi jemputan kak aisyah tolhah di terataknye
makan2 bersama kwn2 yarmouk yang lain
semoga agenda yang diaturkan kak aisyah dapat mengikat hati2 kami

sabtu sekali lagi membantu kak yati meneydiakan hidangan
kali ini untuk liqa' mahabbah
seriously ana rasa bahagia dan seronok dapat tolong masak ni
sebab memang ana nak crk pengalaman
thx kepada kawan2 yang nampak gaya memiliki perasaan yang sama dengan ana

malam menghadiri liqa mahabbah di dewan abu ain
berkenalan dengan semua seniorita
i see kak nadiah abdul manap tp x sempat nak salam
main game 1 2
dengar nasihat dan teguran dr kak yati dan sedikit peringatan dr kak izati razak

saya sebagai junior mohon maaf banyak2 kepada semua seniorita2
andai saya ada melakukan perkara2 yang disebutkan malam td
maaf andai saya bersikap ananiya dan assobiyah
insya Allah 4 tahun yang ada saya dan kawan2 akan sentiasa berusaha memperbaiki apa yang salah dan mengertakan ukhuwwah sesama semua akhowat tanpa apa2 jurang perbezaan antara kami

p/s-belajar untuk tdk terburu-buru membuat spekulasi

Friday, October 22, 2010

hari pencerahan minda

bismillah
alhamdulillah semalam sempat join hari pencerahan minda
program anjuran mmy khusus untuk budak2 ECONOMICS AND ISLAMIC BANKING
yang bertujuan untuk mencerahkan minda2 kami mengenai jurusan yang kami ambil di yarmouk uni
antara mende2 yang dikongsikan ialah:

PELUANG KERJAYA BUDAK2 EKONOMI:

-buissness
-banking
-pemasaran modal
-pendidikan
-takaful
-unit amanah

CABARAN DAN KEKURANGAN MAHASISWA EKONOMI JORDAN

-wujud persaingan dengan lepasan ipta,ipts n universiti barat
-krg pendedahan aplikasi kewangan di Malaysia
-no practical
-kelemahan bahasa inggeris
-xde galakan,self-confidence dan kreativiti
-kurang pembacaan

cabaran dan kekuarangan bukan untuk melemahkan tetapi untuk dihadapi dan diatasi.

KELEBIHAN DAN PELUANG MAHASISWA EKONOMI JORDAN

-pendedahan asas perbankan dan ekonomi islam dr perbahasan ilmu yang mendalam
-peluang kerja di timur tengah -dubai,qatar,saudi dan kuwait
-penguasaan bahasa arab
-pendedahan sistem ekonomi dan perbankan timur tengah
-bersemuka dengan ulama2 terkenal khusus dalam bidang ekonomi dan perbankan
-satu2 ijazah di dunia yang menggabungkan syariah,eko dan perbankan
-pasaran kerja kini memerluakn pakar2 ekonomi
-lepasan timur tengah hd sasaran dalam kewangan islam
-tempoh pengajian singkat,boleh bina karier awal
-pengalaman melalui sistem pendidikan di luar negara

BUKU RUJUKAN UNTUK BUDAK EKONOMI
-sistem kewangan dan perbankan islam-prof dr harun
-introduction to islamic econoimics and finance
-mukjam mustalahat iktisodiah wal islamiyyah
-wang,anda dan islam

sapa2 rasa balik malaysia tahun depan atau nak dtg jordan thn depan,sudi2kanlah crkkan buku ni utk ana.tq!=)

LAMAN WEB RUJUKAN

http://www.bnm.gov.my/
http://www.islamic-finance.com/
http://www.klse.com.my/
http://www.aaofi.com/
http://www.bankinginfo.com.my/
http://www.iiim.bnm.gov.my/
http://www.isra.com.my/

selain itu senior2 juga ada menyelitakn beberapa nasihat
dan pencerahan minda mengenai subjek2 yang bakal kami amik sepanjang berada di yarmouk uni
syukran jazilan atas segala perkongsian

Sunday, October 17, 2010

trip to amman

alhamdulillah
diberi kesempatan untuk bersama2 melakar kenangan bersama sahabat2 tercinta
dan kak ain serta kak hidayah

usai program bersama ahowat di bait mus'ab
ana segera pulang ke rmah untuk bersiap2 bertolak ke amman
destinasi kami hari ini ialah colleseum di amman


subhanallah!!cantek kan!!sebelum ni tengok dalam buku teks sejarah je.x sgke diberi kesempatan untuk melihatnye dengan mata kepala sendiri

berdasarkan ilmu sejarah yang ana tahu
collesuem ni ala2 stadium zaman dulu
selalu ada mcm2 acara kerakyatan diadakan disini
uniknya colleseum ni
di tengah2 tu ada satu titk pusat
dan berdasarkan apa yang ana tahu org2 zaman dahulu akan duduk di tengah2 pusat itu dan mampu untuk berkata2 dan didengar oleh seluruh penonton tanpa menggunakan mic
canggih kan?
and colleseum ini sebenarnya masih digunakan untuk acara2 festival especially tyme soifi


tinggi!!kitorang naik sampai atas kowt~

selepas puas menjelajah collesuem dan muzium yang terdapat di dalamnya
kami segera menunaikan solat zohor di masjid dan kemudian window shopping di balad amman
pulang lebih kurang pada jam 430 petang
sempay menghabiskan waktu bersama hanan,dhabitah.mira,hasanah,saadah,hazirah,fatin dan illani
menjamu selera di mat'am abu mahmud
thx a lot to kak ain dan kak hidayah yang sudi meluangkan masa bersama kami
and of course alfu syukr pada kawan2 yang menhabiskan seharian bersama ana
seriously bahagia dan seolah2 hati ini berbunga2 sepanjang bersama antunna semua

p/s:rancangan ditangguhkan kerana ana ingin 1000 tahun lagi melakar bahagia bersama mereka

qiamullail bait mus'ab

bismillah
alhamdulillah
diberi kesempatan oleh Allah untuk melakar bahagia bersama kawan2 yarmouk dan just di bait mus'ab a.k.a umah kak bibot dan kak ira
bertolak ke bait mus'ab bersama dhabitah,enida dan farzana bertemankan kak bibot selepas tamat sesi temuduga ad~dzikr
sampai2 bait mus'ab masing2 tengah hepi nyanyi lagu SANG ULAT BULU sambil buat gaya2 comel



usai menyanyi ana mendengar sedikit pengisian oleh kak ira tentang tarbiyah dan kepentingannya
kemudian kami disajikan dengan sedikit tayangan tentang akhowat2 yang menyertai usrah dr seluruh pelusuk negara
ada yang berada di new zealand,mesir,australia,malaysia sudah tentu
keesokan harinya kami bersama-sama mengimarahkan sepertiga malam berqiamullail sekali lagi
solat subuh berjemaah,baca mathurat dan kemudian ke yarmouk ni untuk beriadhah dan sarapan pagi
tdk lupa sedikit perkongisan tentang salasilah kehidupan ramlah bin abu sufian a.k.a ummu habibah


thx a lot kepada akak2 dan kwn2 terlibat
jujur hepi especially tye main game
wallahua'lam

temuduga ad~dzikr

bismillah
alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghadiri temuduga ad~dzikr semalam
jujur,x banyak yang ana tahu tentang institusi ad~dzikr
ana dengar nama ad~dzikr ni pon dr blog seniorita dan senior ana
berbekalkan pengetahuan yang teramat sedikit
ana tanpa ragu segera mendaftarkan diri kepada seniorita untuk menhghadiri temuduga ad~dzikr
kepada sesiapa yang tertanya~tanya apa itu ad~dzikr
berdasarkan maklumat yang ana tahu
ad~dzikr merupakan salah satu intitusi hafazan yang ditubuhkan oleh mahasiswa dan mahasiswi jordan untuk pelaja2 melayu


temuduga dimulakan selepas solat maghrib
para candidates diberikan number giliran yang diatasnye tertera waktu untuk mengambil ayat yang perlu dihafal
waktu untuk ke kaunter hafazan 
dan waktu untuk ke kaunter lisan

ana telah diizinkan Allah mendapat number yang kedua
segera mendapatan ayat hafazan dr kak bibot
ana dkehendaki menghafal surah anbiya ayat 102 hingga 106
alhamdulillah berjaya jugak menghafal dalam masa 30 min..tp x tahulah kalau tyme tasmik tu ade tersilap2
usai kaunter hafazan ana ke kaunter lisan di kaunter lisan ana telah ditemuduga oleh kak munirah dan kak bell
pelbagai soalan diutarakan kepada ana dan pasangan ana izzati
antaranya

-kenapa memilih untuk masuk ad~dzikr
-apa target ana
-bagaimana cara ana mencapai target
-bagaimana nak hadapi dugaan2 yang bakal tiba selepas menyertai ad~dzikr
-bagaimana nak bahagikan masa antara study dan menghafal al~qur'an
dan mcm2 lagi
jujur jawapan ana taklah sehebat pasangan ana
ana memang gemar memilih untuk menjawab apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran ana
ngee~

keputusan??
wallahua'lam
masih belum mendapat sebarang jawapan dr seniorita yang terlibat dengan ad~dzikr
mohon doanya agar Allah mengurniakan terbaik kepda ana

Qiamullail bait muriyat


 bismillah
alhamdulillah
minggu ini cuti weekend terisi dengan pelbagai program tarbiyah
bersyukur diberi kesempatan untuk bersama2 kawan2 serumah,sebelah rumah dan kecintaanku yang lain
untuk bermalam di rumah kak ilmi a.k.a bait muriyat
memulakan perjalanan di rumah selepas selesai menunaikan solat maghrib
alhamdulillah selamat sampai ke rumah kak ilmi walaupun pada asalnya tersesat sampai ke masjid lain

usai solat isyak
kami penuhi malam kami dengan sedikit perkongsian rohani bersama kak nik solehah mujahidah tentang UKHUWWAH
selain itu kami turut disajikan dengan bed tyme story oleh kak mira
cerita tentang salasilah HALIMATUSSA'DIAH a.k.a ibu susu nabi

keesokan harinya kami semua bersama2 memeriahkan sepertiga malam dengan qiamullail
solat subuh berjemaah dan mendengar sedikit tazkirah tentang cara2 mendapat manfaat dari al~qur'an oleh kak ain
usai tazkirah kami semua beriadhah di dalam rumah sambil mempraktikkan segala jenis tarian korea
ngee~~~

sarapan bersama kemudian terus menghadiri kelas tafaqquh bersama ustaz mahdi tentang zakat di masjid abdullahh atal

jujur ana bahagia menghabiskan hari bersama mereka
semoga kita masih bisa meneruskan aktiviti2 seperti ini
 

Sunday, October 10, 2010

minggu haluan siswa

sekilas program2 sepanjang minggu haluan siswa:-

hari pertama
-pendaftaran di casa intelektual
-sesi ramah mesra bersama ahli kumpulan dan kakak fesi di rumah ku syurgaku (walaupun tiada air)
-penekanan mengenai tajdid niat,matlamat ke jordan~

hari kedua
-ucapan dr kedutaan besar (isu2 berkaitan keselamatan,pengurusan dokumen2 penting dll)
-ucapan dr jabatan penuntut malaysia(isu2 berkaitan dengan akademik)
-latihan dalam kumpulan (jd pegawai pemasaran dan penekanan terhadap mujahadah dalam mengubah diri kepada lebih baik)
-forum bersama kakak2 just dan kakak yarmouk (sharing pengalaman,masalah dan amanat)

hari ketiga
-main game sapa cepat dia selamat
-forum bersama presiden mmy dan presdien mmj (penekanan terhadap penguasaan bahasa arab dll)
-ldk (cakna isu3 agama dll)
-BKAN (BKASJ) =)
-pengenalan PERMAI (fungsi dan kepentingan)
-persembahan nasyid
-sambutan hari raya

alhamdulillah,syukur diberikan peluang untuk menyertai minggu haluan siswa yang jatuh pada permulaan musim sejuk
jujur musim sejuk sangat banyak menduga iman
terima kasih kepada semua senior dan seniorita yang bertungkus lumus menjayakan minggu haluan siswa ini
khususnya kepada ajk2 biro persegaran sebab makanan yang disediakan sangat sedap
teringin jugak nak usha2 kerja ajk persegaran ni,timba pengalaman..ehe~
terima kasih banyak mengingatkan kami untuk sentiasa tajdid niat
jangan menjadi anak yang manja,learn to survive fi ayyi makan
sentiasa jaga muamalat sama ada sesama senior atau kwn2 laki dan perempuan
serta mengingatkan betapa pentingnya join persatuan

wallahua'lam

Sunday, October 3, 2010

imtihan kafaah dan jaulah

bismillah
alhamdulillah hari ni baru je selesai imtihan kafaah
mengulas sedikit sebanyak mengenai imtihan ini
ana biller ada yang bertanya tentang keputusan sukar untuk diperjelaskan
english..pass
computer tbe2 access denied
arabic..ana x perasan lak sama ada ada perkataan rosib tu keluar
yang ana tau ana siap terus keluar

susah ke senang exam?
english senang..alhamdulillah
better sapa yang belum jawab nanti tyme exam pilih english dulu
computer pon senang alhamdulillah..tp tulah..ana sndr confuse ana pass ke tak
arabic..huhu..banyak2 la solat istikharah..ada rezeki lulus alhamdulillah
tp study jela bat sket2
ade la jugak 2 3 soalan bahasa arab tinggi kat situ

jaulah?
alhamdulillah hari ni diizinkan Allah untuk join kakak2 just n kakak ikip jalan2 kat maqam abu ubaidah al~jarah
perjalanan memang jauh..tu pon makam abu ubaidah still dalam irbid
i could not imagine kalau nak journey ke amman ke,mafraq ke,muktah ke
maybe lagi jauh kowt~~

sepanjang manaiki coster seriously memang pening
tp jenis x suke tdo sebab excited nak tengok pemandangan kat luar
serius cantek..dengan terserempak kambing,lembu,biri2,keldai segala...tp ana xde kamera nak snap photo
lgpon tengah syok2 kwn2 snap photo
x pasal2 ada askar sound
ana x faham dia cakap ape
tp mungkin dia ckp mcm ni kowt
"sapa tangkap gambar i tadi,mahal tau,suka-suki nak tangkap gambar i"
ehe~~~


selain makam abu ubaidah
actually ade banyak lagi makam para sahabat yang lain
seperti amir abi waqas
dan lain2
tp kami just singgah makam abu ubaidah je

sampai nye kami ke sini
solat jemaah asar
dan mengisi masa antara asar dan maghrib dengan menyingkap kembali biodata abu ubaidah
muhasabah diri kembali
sejauh manakah kesucian niat hati ini bermusafir jauh2 untuk menggapai redha Allah
sebagaimana sahabat2 lain sebelum ini yang berhijrah ke habsyah,madinah untuk menyebarkan islam demi menggaoai mardhatillah
wallahua'lam

Friday, October 1, 2010

zina hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih."

(Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.


Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya."


Berdoa

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."



Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan

thank u kepada dr.cinta punya blogspot yang publish tazkirah ni di blog beliau

hal ehwal siswi

bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah semalam kami semua mahasiswi2 tahun satu yarmouk uni dan JUST telah diizinkan Allah untuk menghadiri salah satu dari program yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswi irbid (PERMAI) yang diberi nama program HELWI

HELWI merupakan singkatan daripada perkataan hal ehwal mahasiwi
diketuai oleh kak farhana sebagai presiden helwi dan beberapa ajk lain yang terdiri daripada mahasiswi2 dr yarmouk uni n JUST

ada pelbagai matlamat yang cuba dicapai oleh HELWI tapi x dpt nak dinyatakan di sini sebab ana x sempat nak salin tyme gelap2 dalam dewan farabi
apa yang ana faham HELWI sangat berguna dan penting untuk kami para akhowat membina identiti diri,mengetengahkan dan mengasah bakat2 terpendam,mendapatkan perkhidmatan kebajikan dan sebagainya.

Kak farhana selaku presiden helwi telah memberikan 2 harapannye kepada kami semua
1.jaga adab sebagai perantau dan muslimah
2.ingat sentiasa tujuan utama ke jordan

bercakap mengenai mahasiwi
alhamdulillah kami baru sahaja berjaya mentasjil madah pada khamis lepas
tasjil madah merupakan salah satu agenda yang ana boleh katakan cukup mencabar
perlukan kesabaran yang tinggi
seperti orang lain ana juga berdepan dengan sedikit masalah
target 2 madah,tengok2 jadual dirasi 4 madah [ drama,sukan,bahasa arab dan madhal fi tasyrik islam]
wang yang dibawa tidak mencukupi menyebabkan sedikit kekalutan telah berlaku
alhamdulillah atas bantuan senior2 lain masalah dpt diselesaikan dan insya Allah isnin ini akan memulakan kuliah dalam subject mabadik fi masarif islam

doakan urusan ana dan pejuang2 jordan di sini terus depermudahkan Allah
insya Allah

p/s: bahagia atau aku yang syok sendiri?