Saturday, March 31, 2012

4m untuk jalan dakwah ini

Gelombang global March to Jerussalem masih belum berakhir.Itu baru permulaan.Ibaratnya seperti Perang Badar.Yang merupakan perang terawal bagi ummat Islam,dan selepas itu Allah menurunkan ayat ini kepada Rasulullah dan para sahabat,


"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. "(Anfal-60)


Sekali pandang dan sekali dengar,pasti yang tidak tahu akan mengatakan ayat ini lebih cocok diturunkan sebelum perang Badar.Kerana itulah perang pertama buat umat islam.Sudah tentu Allah akan memberikan peringatan buat Rasulullah dan para sahabat soal persiapan di medan perang.Kekuatan apa yang perlu,persiapan apa yang harus.Tetapi hakikatnya,ayat ini turun selepas perang Badar,sebagai petanda,perang Badar itu baru permulaan,tetapi selepas itu akan ada ancaman-ancaman lain yang akan menjengah datang tanpa disangka.


Ini bukan soal mengulas tentang 'Masirah 'Alamiyah Ila Al-Quds' atau nama komersialnya Global March to Jerussalem yang alhamdulillah selamat diadakan dengan suasana aman semalam.Soal itu,insha Allah ana potraitkan dalam post yang berasingan.Tetapi ini soal tugas kita selepas ini apa.Cukupkah sekadar mengutip semangat di medan laut mati di bawah terik mentari yang hangat terasa tempoh hari,kemudian pulang tanpa melakukan apa-apa dan menyambut semangat itu dengan cara yang paling terbaik.


Alhamdulillah,Allah tutupkan episod ana semalam dengan keghairahan meneruskan bulatan-bulatan cinta kami,USRAH.Allah sudahi episod semalam dengan satu jawapan yang thabat dan pasti,bahawa kita harus tetap teguh dan yakin dengan jalan dan manhaj yang kita pilih.dengan menjadikan usrah ini sebagai paksi.Inilah jalan dakwah kami.Dalam usaha membina ummah takwinah,ummah yang terus membina diri,membina bait muslim,membina masyarakat muslim,membina hukumah islam,membina daulah islam,membina khilafah islam,membina empayar islam,membina ustaziyatul Alam,seterusnya membina redha Illahi dalam mencari kunci ke Jannah Firdausi.


Dan dalam melakukan kerja 'liyanfiru Qaumahum' [memberi peringatan kepada kaum kamu] ini,tidak boleh tidak,kita perlukan 4 perkara asas,iaitu modal,model,modul dan akhir sekali medal.


Modal kita yang utama tidak lain tidak bukan adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah itu sendiri.Tidak hairanlah mengapa saat Rasulullah meninggalkan kita,baginda hanya meninggalkan dua perkara ini.Kerana isi kandungan Al-Qur'an dan As-Sunnah itu sendiri sudah terlalu syumul,kamil dan mutakamil dalam menjadi perlembagaan,manhaj dan jalan hidup kita.Tinggal kita perlu pelajari bagaimana berinteraksi dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah,siapakah insan-insan yang harus kita temukan dalam usaha cuba menjadi generasi Al-Qur'an yang unik seperti suatu masa dahulu.


Selain itu,kita juga boleh menjadikan pengalaman syuyukh-syuyukh [orang-orang tua] dalam menempuhi jalan dakwah ini.Mereka lebih dahulu makan garam.Mereka lebih dahulu merasai perit jerih jalan ini.Begitu juga kisah-kisah manusia-manusia osem zaman Rasulullah.Kalau kita mahu graduasi pasti kita merujuk tips-tips kecemerlangan dari orang yang sudah bergraduasi,begitulah juga dalam usaha menjalankan kerja dakwah ini,harus merujuk cerita-cerita orang yang sudah berjaya meriaslisasikan dakwah ini.


Kesilapan itu bukan sekadar untuk disesali,dan terkemudian menyebabkan kejatuhan diri.Tetapi,boleh jadi kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan sepanjang melakukan kerja-kerja dakwah ini adalah modal untuk kita terus thabat,yakin dan belajar dari kesilapan serta terus berusaha melakukan yang terbaik pada masa akan datang.


Soal model,model contohan mana lagi yang terbaik kalau bukan perintis utama jalan dakwah,Rasulullah s.a.w.Akhlak baginda sendiri persis Al-Qur'an.Hadith-hadith baginda cukup untuk menggambarkan tauladan dan akhlak yang dipersembahkan.Andai merasa terlalu jauh,tidak salah kiranya menjadikan tokoh-tokoh ulama atau para ugamawan sebagai model kita juga.Dr Maza mungkin,Ustaz Azhar Idrus,Nouman Ali khan atau siapa-siapa sahaja yang anda kagumi.Asalkan mereka mencipta nama berdasarkan aqidah yang sohih,berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah.


Untuk Modul pula,carilah dan kajilah.Apa yang penting Modul yang paling Allah redhai,yakni berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah juga.Dalam era globalisasi tanpa limitasi ini.keadaan kita sudah jauh berbeza dari zaman-zaman dahulu,maka perlulah kita mencari modul-modul dakwah yang kontemperori sebagai contoh modul Ikhwan Muslimin yang diasaskan Imam Hasan Al-Banna sendiri.Yang membina manusia dalam halaqah-halaqah tarbiyah dan mahabbah.Yang mencetak kader-kader dakwah dalam membina ummah takwinah.


Dan akhir sekali,medal itu,Allah jualah yang akan beri,Syurga itu sendiri.Syurga itu terlalu indah untuk diungkapkan.Terlalu mahal untuk dijual beli.Tetapi,yakinlah,Allah membeli orang-orang yang berjihad di jalan-Nya dengan bayaran sebuah syurga yang kekal abadi.Maka teruslah melakukan kerja dakwah dan Tarbiyah ini kerana kita ingin meraih medal yang dijanjikan Illahi.


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (Taubah:111)

Sunday, March 25, 2012

Syahadatul Hak 2.0-Jangan sampai tersungkur di pintu syurga

Ibu itu menangis kepiluan.Anaknya dilanggar tanpa sebarang kesalahan.Dasar Negara cina yang mengenakan hukuman agar tertuduh dikehendaki membiayai kehidupan seorang yang dilanggar sehingga lumpuh sepanjang hayat mangsa,menyebabkan defenden yang cetek akal terus menerus melanggar anak kecil.Dari nyawa-nyawa ikan umpama telur di hujung tunduk,lebih baik dihabiskan riwayat anak itu yang hanya akan menyukarkan masa depannya.

“Maaf ibu,mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman atas defenden kerana tiada saksi yang dapat memberikan keterangan bahawa defenden bersalah atau tidak”
“Tidak,saya yakin ramai yang menyaksikan kejadiaan ini,saya ingin datangkan seorang saksi.Tukang sapu sebelah kedai makanan tempat anak saya dibunuh,saya mahu dia datang ke mahkmah memberikan saksi.Saya tahu dia berada di tempat kejadian bukan”



Tukang sapu,bakal diheret ke mahkamah,memikul beban menjadi saksi memberikan hujah,saksi ini yang menentukan,sama ada defenden bersalah atau tidak.saksi ini juga yang bakal menentukan,gelap cerah hati seorang ibu tua yang kehilangan anaknya tempoh hari.

Menggigil,berdebar,lutut terketar-ketar saat si tukang sapu menerima panggilan dari pihak mahkamah.Akukah yang akan dipersalahkan atas tuduhan bersubahat?Akukah yang akan turut menanggung beban hukuman atas pihak terlibat?




Gerun,cemas,takut saat di mahkamah,dahsyat lagi rasa-rasa ini saat kita dihadapkan di mahkamah akhirat.Apa jawapan kita yang telah menjadi saksi kewujudan Allah dan pengutusan Rasulullah.Yang dinamakan ahli fatrah bakal memetik nama kita seorang demi seorang dengan dakwaan,islam tidak pernah sampai kepada kami.Layakkah kami dihukum sebegini?!!

“Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. “(4:165)

Tersungkurlah tapak kaki di pintu syurga.Bakal pewaris Firdausi itu diheret ke neraka atas jenayah,menyembunyikan kebenaran!
“Lu mau masuk islam yang lamai orang Melayu tu.Sudah la,itu bangsa buluk pelangai woo.isap dadah manyak,lempit sini sana,satu lagi anak sedala saya,bila masuk islam,kasi buang sama ayah dia punya nama.Apa agama ini main buang-buang keluaga”

Wong cee menasihati sahabatnya yang ingin menukar agama.Dari seorang penganut tegar Buddha,hidayah yang menyapanya menyentuh jiwa.Namun,tanggapan berubah tiba-tiba.Kaum india dan cina yang sudah duduk satu langit dan satu tanah dengan orang-orang Melayu di Malaysia masih buta.Islam itu bagaimana.Islam itu agama melayu sahajakah?Islamkah itu yang anak mudanya belum bernikah tapi duduk berpelukan mesra,berpimpinan tangan menyangka sudah cukup bahagia?
Kitalah yang berdosa.Kitalah yang tidak melaksanakan syahadatul hak itu dengan tahap giga.Lalu,bagaimana mampu kita melaksanakannya?

Laksanakanlah syahadatul hak itu melalui perkataan.Santuni manusia dengan kata-kata membantu mereka pulang ke arah Tuhan.Kerana selama ini hidup mereka sebenarnya tertipu hasil perang pemikiran yang dilancarkan penyembah-penyambah taghut terhadap kita semua.

Buktikanlah kebenaran itu melalui tingkah laku.Tonjolkan system islam yang syumul dan mampu membahagiakan individu.Putarkan kembali darjah syahadah batil yang ditonjolkan dalam arena politik,perundangan,pendidikan dan sebagainya.Biar ia berputar kembali 180 darjah ke sudut yang tepat dan benar berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Sistem Islam tidak pernah lekang dek hujan,tak lapuk dek panas.Agama kita kamil,mutakamil dan syumul,namun berapa ramai orang islam yang Berjaya membuktikannya.
Jika dulu seorang sahabat bernama Zubidajain jatuh cinta pada agama ini setelah mendengar khabar-khabar indah dari Daulah Madinah,begitulah juga yang perlu kita lakukan dalam menarik hati-hati insan-insan di luar sana.Dakwah kita perlu menguasai pemerintahan,agar terpacul satu model yang menyebabkan tiada lagi pilihan yang lebih baik melainkan gaya hidup islam itu.Gunakan islam,lupakan yang lain,seperti anda Gunakan Daia,lupakan yang lain.

Untuk menguasai tampuk pemerintahan,adalah menjadi satu urgensi untuk kita mempunyai tamayyuz dalam pelbagai aspek ilmu,kepakaran,kepetahanan,akhlak,semua itu harus dibina.Dan pembinaan itu bermula dari bawah,tidak lain dan tidak bukan dengan acuan tarbiyah!
Komitedlah dengan pembinaan diri kita.Aulakan proses ini dari segalanya.Keluarlah dari kepompong itu.Bermotomorfosislah,dan sampaikanlah walau mungkin usia kita masih terlalu awal.Abu Bakar yang baru sehari menerima islam,esok hari sudah mampu menyampaikan pada 6 orang sahabatnya yang lain.Tidak mustahil kita juga mampu melakukannya.Yang penting adalah ikhlas dan betul cara.Mudah-mudahahan urusan dakwah dipermudah Allah yang Esa.

Rekrutlah orang-orang yang komited dengan agama ini,tinggal kita memberikan suntikan agar baik mereka bukan nafsi-nafsi.Seriuskanlah diri kita dalam memperbesar bulatan muslim ekstrim,muslim dakwi dan muslim komited ini.Moga nanti,muslim-muslim yang BAIK bisa idisantuni,lantas dakwah ini dapat dirasai manusia-manusia di luar sana yang masih menacri-cari.

wallahua’lam

Syahadatul Hak 1.0-Umat pertengahan

Bumi Maududi itu pernah berdiri teguh dibawah satu nama Negara bertamadun,setaraf dengan Tamadun Parsi,Greek Tua dan Romawi.Namun,mendukacitakan,sebuah Negara yang zahirnya kelihatan bertamadun,korup dengan kepincangan akhlak yang tersasar jauh dari norma-norma kehidupan manusia yang sebenar.



Bumi Taj Mahal itu pernah disimbahi cahaya islam.Namun,entah mana silapnya,kepimpinan yang dilaksanakan menggambarkan islam yang sebaliknya.Agama islam yang hakikatnya diwarnai warna-warni kedamaian,keadilan dan kemakmuran,bertukar menjadi sebuah pemerintahan yang penuh kekejaman.Dikriminasi terhadap mereka yang bukan beragama islam.
Orang bukan islam tidak diberikan layanan yang sepatutnya sebagaimana yang pernah Rasulullah ajarkan.Bagaimana baginda menyantuni golongan zimmi,bagaimana para sahabat melindungi kafir mu’ahid.

Hasilnya,rakyat tertekan,kebangkitan dilancarkan,permerintahann islam digulingkan.Terpecahlah India jua Paksitan.Hari itu,dalam muktamar yang mengharapkan kehadiran bukan islam agar mereka dapat melihat kebenaran agama ini,hasilnya mendukacitakan.Harapan hanya tinggal harapan.Islamicfobia yang menghantui menjauhkan mereka dari islam yang sebenarnya menyejahterakan,menenangkan dan mendamaikan.

Berapa ramai muslim kini tertipu dengan islam yang diperoleh secara warisan.Kaca mata biasanya hanya mampu memandang islam pada 5 perkara,solat,zakat,puasa,haji dan syahadah yang sekadar di tepi bibir.Hakikatnya 5 perkara ini hanyalah cerucuknya,tetapi dimanakah bagunan yang gah dengan system islam itu?

Berapa ramai umat islam kini mampu mengangkat telunjuk jari,melafaz syahadah dalam duduk tahiyatnya,tetapi sayang,mereka gagal memaknai erti syahadah yang hakikatnya sarat dengan tanggungjawab.

Apa bezanya antara kita dengan Raju,yang menyembah sebuah patung lembu.Apa lainya kita dengan Quan Yu,yang khusyuk membakar colok di hujung sudut tokong itu.Apakah syahadah yang dilafazkan sekadar ucapan semudah abc ,ritual semata-mata sedangkan Allah mengangkat agama ini ke darjat yang tertinggi?

Umat pertengahan,begitulah yang Allah gambarkan tentang kita,umat islam,dalam surah Al-Baqarah ayat 143.Umat yang mana Rasulullah menjadi saksi atas perbuatan kita,dan kita menjadi saksi atas umat lain senatero dunia.

nantikan syahadatul hak edisi 2.0..