Tuesday, August 31, 2010

Apabila harta dipandang tinggi siri 2

Imam mogok



2010/08/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MANAMA: Seorang imam yang mendakwa tidak dibayar gaji mengunci pintu sebuah masjid di Arab Saudi menyebabkan jemaah tidak dapat menunaikan solat di masjid itu, semalam.
Menurut laporan akhbar harian Al Yaum, sebelum ini seorang dermawan menawarkan diri untuk membayar gaji imam warga Sudan terbabit.
Bagaimanapun, kegagalan dermawan berkenaan berbuat demikian mendorong imam terbabit mengunci pintu masjid di daerah Wadi Al Dawaser.

Penduduk di situ merayu imam terbabit membuka pintu masjid bagi membolehkan mereka menunaikan solat Isyak dan Tarawih tetapi rayuan mereka tidak diendahkan. “Kami mahu memperbanyakkan ibadah ketika Ramadan dengan menunaikan solat Tarawih dan membaca al-Quran di masjid tetapi imam terbabit tidak menghiraukan hasrat kami,” kata seorang penduduk.

Kira-kira 60 jemaah menunaikan solat di masjid itu yang dibina hasil sumbangan dana seorang dermawan. “Kami sudah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya melantik imam baru supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” kata seorang lagi penduduk. - Agensi

sumber: METRO ONLINE

***
hoho
apa nak jadi da
fakkiru fakiruu jaiyyidan

syurgamu ramadhan


bismillah
kepada sesiapa yang tahu ana hanya mempunyai besi buruk berbentuk kotak tv mesti pelik tbe2 ana publish pasal rancangan tv
huhu..dunia dah berubah
zaman makin maju
sekarang semua mende di hujung jari
oleh kerana rasa mcm dah lama sangat2 x menonton tv
alamtanya kami yang hanya mempunyai internet ni mengambil keputusan utk menonton siri2 tv di internet sajalah
credit to kak ngah yg suggestkan crt ni

cerita ni pada ana best
bukan pasal cinta cintun kapel x tentu pasal
ade la jugak siket
tp bukan tu mesej yang nak disampaikan

secara ringkas cerita ni mengisahkan tentang HALIMATON ibu kepada dua orang anak MARLIA dan YASEEN.HALIMATON ade krisis ngan anak dia sebab anak die jatuh cinta ngan orang low profile.mula2 anak dia sayang kat NIZAM.tp sebab dah kantoi n nizam da kena sogok ngan duet allah izin director kawenkan die ngan BUDI pemandu kereta marlia yang sgt ensem dan baik hearty.tp dugaan la die memilih budi.last2 terpaksa kawen lari.yang mak die pulak nak gi kawenkan ngan REMY.lelaki kaya yang buaya darat.

nak tau lebih lanjut ushalah kat tv.kalau x nak tdo lewat sebab nak qiam esok tontolah petang dalam kol 2~3 petang ke.

nak ulas sket pasal setiap perwatakan yang ada menurut kaca mata ana
(mcm nak tulis krgn komsas la pulak)

HALIMATON
terlalu workaholic
asek cakap pasal bisnes
x setuju dgn tndakan dia yang MEMAKSA anak die kawen ngan laki lain
kalau ade agama xpela gak
isteri yg nusyuz sanggup biokan je suami dia krn terlalu fanatik dengan perniagaan dia

MARLIA
keras kepala siket
memang la ada hak x nak setuju ngan cdgn mak dia
tp ana x brape setuju la cara dia bernogisiasi ngan mak die
cubelah pujuk director kasik mak dia lembut hati sket kalau die ckp baik2
(bajet aku director ke)

YASEEN
anak yang baik ikut je ckp mak dia
walaupon terpaksa kawen dengan AISYAH yang mcm gangster
tp sebab kawen terpaksa tula mcm2 dosa dapat
salah satunya menjadi suami yang dayus
lantak p je aisyah tu nak pakai mcm mana,keluar ngan sapa
lelaki2 kat luar sana jgn jd suami dayus ye
tego2la pemakain isteri
ambik2 taula isteri kuar gi mana
senang crt keluar je sekali ngan isteri
(mcm aku ade suami)

watak-watak laen banyak lagi
tp kang panjang posting
ade pulak yg tepakse beli kanta pembesar nak bc posting ana ni

nota kaki:-
sedang menanti episod ke 10
kalau nak tonton crt ni siap2 tisu kat sebelah..siyes lebih haru dr crt korea korang
nak tambah feeling dengar OST die sekali

wallahua'lam

fadhilat membaca ayat kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI







·

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah

sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.



4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.



5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.



6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..



7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.



wallahua'lam


kalau ade mana2 fakta yang salah mohon diperbetulkan di ruangan komentar
syukran