Wednesday, June 8, 2011

Kehadiran yang dinanti

Bismillah
oh,ini bukan soal kehadiran musim panas
atau sem soifi ahad ini
atau apa-apa jua kehadiran yang lain
tetapi ini soal kehadiran Bulan yang dirindui
Bulan rahmah,maghfirah,barakah dan macam-macam lagi perkara istimewa dalam bulan ini

Ramadhan
Ya,hari ini sudah masuk 6 Rejab 1432 Hijrah
tinggal sebulan dan beberapa hari lagi sahaja Ramadhan akan tiba
mungkin tahun ini ramadhan yang dilalui sedikit berbeza suasananya
Tiada lagi adik,abang,ayah,ibu dan kakak untuk memasak dan berbuka bersama
tiada lagi warden,kawan-kawan dan junior seasrama atau gerai-gerai batch ana di sekolah dulu
yang ada mereka,mereka yang bersama dengan ana di sini hingga ke hari ini

sungguh,jujurnya ana turut merindukan Ramdhan
kerana kehadiran Ramadhan meningatkan ana saat-saat mengikis karat-karat jahiliyyah yang pernah membelengu diri ini
siapalah ana,insan biasa,tidak terlepas dari buat dosa
yang membuatkan ana rindu
kerana dalam bulan inilah mudahnya kekuatan iman dapat dibina
ketegasan diri dalam mendidik nafsu sendiri berbanding dalam bulan-bulan yang lain yang mana
seringkali ana tewas dengan nafsu,sungguh iman pasti memberontak waktu itu

Maka,bagi menyambut ketibaan Ramadhan tidak lama lagi
mari sama-sama kita panaskan engine
berlatih puasa dalam musim panas yang cukup menguji ini
tekak terasa kering,badan terasa lesu
tapi itulah nanti yang kita perlu tempuhi
mari practice konsistenkan amalan-amalan sunnat
perbanyakkan tahajjud,muhasabah diri
Jaga Mr Qur'an dan kalau boleh sementara tengah xda kelas nilah kena cepat2 pecut
semoga Allah redha =)

wallahua'lam

sem soifi

Bismillah
sekejap,waktu berputar terasa pantas
cuti sebelum soifi telah hampir ke penghujungnya
alhamdulillah,dapatlah juga dimanfaatkan dengan menyibukkan diri dengan urusan bayt muslimah baru
kunjungan ke Muktah,out-station ke aqabah dan lain-lain

Insya Allah ahad ni kuliyyah akan bermula semula
fasa soifi ini ana mengambil keputusan untuk mengambil 2 madah sahaja
Ulum Qur'an dan Fiqh Ibadat [2]
Doakan dipermudah
senior selalu kata,sem soifi ni berlalu dengan pantas
kelas hari-hari dengan cuaca yang panas
selamat menuntut ilmu dengan cara yang paling bijak dan diredhai Allah la ye kawan-kawan

sebelum melangkah ke fasa yang baru
suka untuk ana kongsikan ini buat kamu semua

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."
(Surah Al-Mujadilah 58: Ayat 11)
Petikan terjemahan ayat suci Al-Quran di atas sudah acapkali dibicarakan dan telinga sudah lali mendengarnya bahkan
sudah pun menghafalnya. Tahniah buat mereka yang telah menyahut seruan agung Tuhan Rabbul Jalalah ini dan
teruskan  istiqamah kalian dengan perjuangan mencari butir-butir ilmu dalam apa jua bidang. Sebaliknya, kita berdoa
kepada Allah s.w.t. agar mengurniakan taufiq buat mereka yang masih alpa mengejar ilmu berhadafkan dunia, pangkat,
harta dan sanjungan manusia semata-mata kerana bukanlah tujuan ilmu diciptakan sedemikian rupa, bahkan ilmu yang
hakiki adalah " Sirajul Munir " (pelita bercahaya) yang menerangi para penagihnya menuju ke arah Mardhathillah. Ibarat
resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi semakin banyaknya ilmu seseorang individu itu, semakin tawadhu'
dirinya; petanda semakin dekat dirinya dengan Tuhan dengan sebab ilmu yang dikurniakan kepadanya. Lantas,
bukanlah hak ilmu itu dituntut semata-mata untuk mendapat pangkat Imtiyaz atau Jayyid Jiddan di dalam imtihan,
bahkan ia dikejar lebih besar daripada semua pangkat dan sanjungan itu; hak untuk DIAMALKAN.
Hak Terhadap Ilmu Pengetahuan di dalam 4 Wajibatul Muslimin merangkumi:
1.   Berusaha sedaya upaya mempertingkatkan ilmu pengetahuan menerusi kehadiran ke kuliah, penglibatan dalam
talaqqi kitab sama ada di masjid atau rumah-rumah BUKAN, pembacaan serta kajian-kajian ilmiah.
2.   Menunaikan hak ilmu bukan hanya untuk dipelajari, tetapi diaplikasikan dan dijadikan amalan dalam kehidupan harian.
3.   Mengambil cakna akan isu-isu semasa terutamanya yang berlaku di tanah air tercinta serta sedar akan peranan kita
untuk memperbetul yang salah apabila pulang ke Malaysia.
4.   Berusaha sedaya upaya untuk cemerlang dalam setiap peperiksaan melalui persediaan awal, penyusunan jadual
ulangkaji harian serta penglibatan dalam akiviti belajar secara berkumpulan.
Tuntasnya, renungilah kalam mutiara hikmah Sayidina Ali Karamallahu Wajhah yang berbunyi ;
"Umur seseorang itu sangat singkat untuk mengetahui semua ilmu yang patut diketahui, maka hendaklah engkau
mempelajari ilmu yang penting terlebih dahulu, kemudian barulah engkau mempelajari ilmu-ilmu yang lain."
Semoga Allah s. w. t. menjadikan kita dalam golongan 'alim yang beramal dengan ilmunya.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِى ٱلۡمَجَـٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(Surah Al-Mujadilah 58 : Ayat 11) 


Rujukan: i luv islam.com

Soal kepulangan ke Malaysia
maaf kepada kakanda terchenta
adinda memilih untuk menetap di sini
entah,mungkin sehingga 4 tahun
atau tunggu sampai seru [seru itu ada banyak bentuk dan konteksnya]

soal kepulangan pernah ana ajukan kepada seorang senior
nasihatnya pulang atau tidak pulang kedua-duanya sama
cuma pastikan kepulangan atau ketidakpulangan itu kita tahu apa yang perlu dimanfaatkan dan apa yang perlu dibuat bagi mengisi sepanjang masa keberadaan di sini atau di sana

Doakan ali tetap thabat dengan jalan dakwah dan tarbiyyah kakandaku Hassan Bahari
ibu ayah juga,jangan pernah lupa menitipkan doa buat anandamu ini

wallahua'lam


selamat menyucikan hati untuk menerima ilmu baru.Sungguh,knowledge is light,لا يعطى العاص.



Tuesday, June 7, 2011

Balik Kampung


Bismillah
lama rasanya tak menulis penulisan santai begini
kerana terkadang lupa matlamat dan tujuan blog dicipta
Baru ana teringat,selain dari berkongsi pembacaan dan tazkirah
blog ini ana buat utk tatapan family di tanah air
bagi mengetahui perkembangan aktiviti ana
kerana terkadang,ada perkara-perkara yang hanya mampu dinukilkan di mata pena [atau keyboard] sahaja ^^

Balik Kampung
hakikatnya bukanlah kampung nenek/aruah atuk
Tapi ke Muktah,tempat mencari ilmu bagi senior JAIS 2010 yang pernah melakarkan memori bersama di PSPJ suatu masa dahulu
jujur terasa seolah-plah anak-anak yang pulang ke kampung
dengan suasana yang damai,tenang,sejuk,tidur beramai-ramai,makan beramai-ramai
bercanda beramai-ramai
oh,alangkah aku rindu kenangan yang lalu

terima kasih kepada Kakak2 kami kerana sudi berkorban masa dan tenaga
bawa kami menziarahi Universiti Muktah
Berjalan-jalan di Maza
tempat makam Zaid Bin Harithah,Abdullah bin Rawahah,dan Jaafar bin Abi Talib
sungguh,Maza adalah salah satu tempat tenang yang menjadi destinasi pilihan mahasiwa/mahasiswi Muktah untuk merehatkan minda dalam menghadapi tekanan peperikasaan
selain menghirup semangat pahlawan-pahlawan ini semasa perang Muktah

terima kasih juga kakak-kakak kerana melayan karenah kami membeli-belah di balad Karak
bawa kami ke Qal3ah Salahuddin Al-Ayyubi
dan pengorbanan-pengorbanan lain yang tak mampu disebutkan di sini

Insya Allah,tahun depan,raya kami balik kampung lagi ^^

[gambar semua dalam arkib akhowat .Harap Maklum]