Sunday, February 6, 2011

Sem 2

bismillah
alhamdulillah yarmouk telah memulakan sem barunya sejak minggu lepas
tapi mungkin secara rasmi minggu ini

alhamdulillah hasil insihab idhofah
ana telah berjaya menyusun jadual dengan sebaiknya
dan alhamdulillah berjaya ambil 5 madah untuk sem ini
antaranya ialah madkhal ila tasyrik
fiqh ibadat
mabadik iktisod islami
english languange
and principle of accounting

seronok melangkah ke sem baru
kerana dapat kenal lebih ramai doktor
dapat tahu mana satu doktor yang syadid mana satu yang bercakap ammi,mana satu yang bertutur dalam bhs fushah dll
seronok juga kerana dapat menambah kenalan terutamanya kawan-kawan dari qisim iktisod

mengulas sedikit mengenai doktor-doktor ana

MADKHAL ILA TASYRIK

madkhal ila tasyrik jam 9 hingga 10 diajar oleh dr mahmud kholidi.mula2 dengar nama dia rs takut sebab ade senior ckp die garang.die keturunan kholid al~walid.jadi darah ketegasan dr khalid mengalir dalam diri dia mungkin.tp lepas dah duduk sendiri dalam qa ah dia.rs seronok sebab dia bercakap bahasa fushah..senang.siket nak faham.dan berdasarkan pemerhatian ana,dr mahmud ni lebih bersifat kebapaan
sangat caring dan banyak beri nasihat.tq doktor!

MABADIK IKTISOD ISLAMI

subjek ni diajar oleh dr nasrin.dr perempuan.org selalu kata perempuan ni syadid.cerewet nak bagi markah,.tp ana rs dia memang selayaknya bersikap demikian.sebab dia ajar ktrg sambil tulis note dan baca dengan jelas.walaupun dia ckp laju tp dia berusaha nak sampaikan mesej dengan wasilah yang mudah.tq dukturah!

FIQH IBADAT

subjek ni pulak dr samirah umari yang ajar.kebetulan sekelas dengan abg poji,kak nadiah n kak syidah.hehehe.dr samirah ni entahla.ana x boleh x tenung muke die lama2  kalau mengajar.sebab muke dia sangat tenang.pertuturanya dia satu persatu mudah difahami walaupun ade ammi siket2.dan dia sentiasa beri keyakinan utk ana terus bertanya dan menjawab.sebab setiap kali ade org jawab walaupun mungkin x tepat tp die akan cakap sohih!sohih!then dia bg jawapan yang lebih tepat.xdela down sangat walaupun mungkin actually jawapan x betol.

ENGLISH LANGUAGE

ana x pasti sebutan yang sahih utk nama doktor ni.tapi berdasarkan maklumat dalam sis nama diberi doktor husin mahar.x banyak nak ulas sebab ana baru first time masuk kelas beliau tadi.

PRINCILE OF ACOOUNTING

belum start belajar lagi memandangkan kelas ana di bangunan iktisod yang baru,di mana bangunan terletak di luar jamiah.Maka sepanjang minggu lepas langsung tiada kelas.Insya Allah esok ana bakal berkenalan dengan doktor prinsip akaun ana =)

mungkin masih belum terlewat untuk ana ucapakan selamat menempuhi sem baru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baik di yarmouk uni,JUST,mafraq mahupun muktah.
semoga sem baru ini adalah lebih baik dr sebelumnya.


p/s-jauh..apakah satu petanda?dekat..adakah satu petunjuk? [only hearts know]

pintaz

bismillah
alhamdulillah dapat hadir ke salah satu program besar akademi tahmiz az~zikr yang diberi nama PINTAZ
singkatan dr Program Intelek Huffaz

program ini bertujuan untuk :-

1.Memberi kefahaman asas mengenai Al-Qur'an
2.Mengeratkan ukhuwwah dan kebersamaan antara gen 6 
3.Menaikkan semangat bakal-bakal huffaz sekalian.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dibuat sepanjang program ini
antaranya LDK 
KUIZ do u think u know me
5 pembentangan kertas kerja
riadhah
serta Qiamullail cinta az~zikr


megulas secara ringkas mengenai setiap aktiviti yang diadakan
kami mempunyai 3 ldk
ldk pertama berbentuk taaruf dan cadangan tema untuk PINTAZ kali ini
pelbagai tema diutarakan seperti Al-qur'an ma dumtu hayya,huffaz berstrategi pemnyambung generasi nabawi,1 az-zikr al-qur'an didahulukan ukhuwwah ditamakan dll.
hasilnya,tiada tema yang dicadangkan diterima oleh para pembimbing
tetapi mereka telah mengambil ilham untuk memberikan tema PINTAZ kali ini dengan tema
بالقرءان نحيا

ldk yang kedua pula berbentuk pembentangan daripada soalan-soalan cepumas yang disediakan oleh para ajk pelaksana az-zikr
antara soalan-soalan cepumas tersebut ialah
1.Bagaimanakah anda menguruskan masa sewaktu berkeluarga dan berkerjaya  dalam masa yang sama ingin menjaga hafalan anda?
2.Adakah Al-Qur'an te;ah mengubah hidup anda dan orang di seliling anda?Bagaimana?
3.Bagaimanakah anda ingin membentuk masyarakat yang mencintai Al-QUR'AN
5.Bagaimanakah anda menguruskan emosi agar tidak menjejaskan komitmen anda dalam menghafal Al-Qur'an
6.Bagaimanakah anda ingin membentuk keluarga yang mencintai AL-QUR'AN  sambil membantu hafalan anda?
7.Bagaimanakah anda berta'amul [berinteraksi] dengan geng2 hamlatul Qur'an

cepumas kan soalan.Sesiapa yang rs nak share jawapan bolehlah tggalkan komen =)

LDK yang terkahir pula berbentuk tafsir dan tadabbur al-qur'an
antara soalan-soalannya ialah
mengenai hadith galakan menghafal Qur'an
sifat-sifat orang yahudi dalam juz 1 dan persamaanya dengan realiti zaman sekarang khususnya di malaysia
ayat-ayat perumpaan dalam juz 1
dll

pembentangan kertas kerja pula berkisar tentang
1.Al-Qur'an mengapa dalam bahasa arab,kenapa diturukan pada Rasulullah dan kedudukan Al-Qur'an
2.Hamlatul Qur'an antara galakan dan ancaman
3.Permasalahan Fiqh hamlatul Qur'an
4.Tokoh-tokoh Al-Qur'an
5.Pengenalan Al-Qur'an dan perbahasannya

terima kasih kepada para pembinmbing dan ajk pelaksana terutama ajk persegaran =) kerana telah menjayakan program ini untuk kami

Insya Allah segala input-input akan dikongsikan bersama

wallahua'lam





Thursday, February 3, 2011

peraturan membaca al~qur'an siri 3




BACA DENGAN BETUL

Hukum: wajib [walaupun x dapat belajar tajwid secara keseluruhan]
sekurang-kurangnya mahkraj [sebutan] huruf mesti tepat

sebab:Bahasa arab kalau salah sebut siket je da boleh bawa maksud lain.
ilmu tajwid boleh dipelajari sebulan sahaja bagi orang yang terpelajar jika belajar dengan  tekun.

"Orang yang mahir dalam membaca Al-Qur'an akan bersama dengan malaikat yang membawa turun wahyu.Orang yang tidak lancar akan mendapati sukar untuk membacanya dengan betul akan mendapat ganjaran [kerana baca bersungguh-sungguh]"
[Bukhari dan Muslim]

MEMBACA DENGAN INDAH

maksud indah: suara merdu,sedap didengar,gaya yang manis.[digalakkan lepas boleh berjaya dengan betul kita mempelajari seni qiraat]

saranan dr hadith:-

Tuhan tidak akan mendengarkan selain dari Dia mendengarkan Rasul yang membaca Al-Qur'an dengan kuat dan dengan suaranya yang bagus.
[Abu Daud]

MENDENGAR DENGAN KHUSYUK

"Apabila dibaca Qur'an hendaklah kamu DENGARKAN dan DIAMLAH ,mudah-mudahan kamu mendapat rahmat."
[Al-A'raf: 204]

Amalan yang bercanggah:-

1.Bercakap-cakap apabila Al-Qur'an dibacakan
2.Pasang kaset bacaan ayat Qur'an sambil buat kerja lain.
3.Membuka majlis /mesyuarat dengan bacaan Al-Qur'an tetapi hadirin berbisik-bisik atau bercakap-cakap.

-certai fuqaha' mengaharamkan solat yang dibuat semasa Al-Qur'an sedang dibaca dengan kuat

-Dalam masa yang sama orang yang membaca Al-Qur'an mesti rendahkan suara sekiranya membaca Qur'an dengan kuat mengganggu orang berdekatan.

sebab:

1.Ia seperti adab berjiran
2.Mendengar Al-Qur'an bukan paksaan

Anjuran:-

Meminta individu yang membaca Al-Qur'an membaca dengan suara yang sedap agar kita dapat hayati dan dengar dengan khusyuk.