Sunday, August 15, 2010

juadah iftar: asam pedas ikan kembung


juadhah ramdhan kedua

bahan-bahan masakan:-

ikan kembuung yang telah digaram kunyitkan
serai
halia
bawang besar
bawang putih
garam gula secukup rasa
cili giling
kacang panjang/bendi
asam keping/tomato

cara memasak:-

mcm biasa campak2 dengan penuh keyakinan
wallahua'lam

juadah iftar: kari ayam

bismillah
sempena bulan ramdhan al~mubarak ini
empunya blog perkongsian hearty dengan penuh rasa takzim akan sentiasa membuat post mengenai juadah iftar sepanjang bulan ramdhan
sesapa nak bertukar recipe boleh la tinggalkan komentar eh


ni juadhah iftar masa ramdhan pertama
gambar diciplak dari encik google je


bahan-bahan masakan:

halia 1 inci
bawang merah 3 ulas
bawang besar 1/2 labu
bawang putih 3 ulas
serai 2 batang
2 camca serbuk kari yang dibancuh
kentang
kayu manis
bunga lawang
asam keping
ayam yang dah digoreng atau belum
garam dan gula secukup rasa
santan segar (lebih masyuuuk)

cara memasak

campak-campak je
haha
 
 
wallahua'lam



Saturday, August 14, 2010

~renungan~


saat cinta manusia menguji diri
terasa peritnya mujahahah

***

Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.



Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.

dipetik dari artikel i luv islam
 
***
tetapi ingatlah
mujahadah itu pahit dan perit
kerana nikmat syurga itu manis
 
wallahua'lam